Connect with us

Berita Lain

Tahanan Reman Tujuh Suspek Remaja Bakar Tahfiz Dilanjut 29 Sept

Tempoh reman tujuh remaja yang ditahan bagi membantu
siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dilanjut hingga 29
September 2017. – Foto: Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Tempoh reman tujuh remaja disyaki
terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan
Keramat Ujung, di sini disambung tujuh hari lagi bermula esok sehingga 29 Sept.
Tempoh reman suspek berkenaan yang ditahan bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435
Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api, berakhir hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Md Isa
ketika dihubungi berkata: “Kami dapatkan perintah daripada mahkamah untuk
sambung reman bagi membantu siasatan yang dijalankan.”
Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai
warden pusat tahfiz itu maut apabila asrama yang terletak di tingkat tiga
bangunan pusat tahfiz itu terbakar pada kira-kira 5.15 pagi pada 14 Sept lepas.
Susulan kejadian tragik itu, polis menahan tujuh remaja
berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz
itu dan kesemua mereka direman tujuh hari bermula 16 Sept. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel