Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] TMJ: Paparan Ucapan Tahniah JDT Di Stamford Bridge Tak Perlu Bayar

Ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa siaran langsung perlawanan Chelsea-Nottingham Forest atas dasar persahabatan kata TMJ – Foto: Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan
Ibrahim menafikan beliau membuat pembayaran supaya ucapan tahniah kepada
pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipancarkan di papan iklan semasa siaran
langsung perlawanan Chelsea-Nottingham Forest semalam.

Sebaliknya, pemilik pasukan JDT itu berkata, ia atas dasar
persahabatan dengan kelab bola sepak tersohor itu.

TMJ berkata beliau mempunyai ramai sahabat dan tidak timbul
isu membayar wang, lapor Free Malaysia Today.

Beliau memberi contoh bagaimana pemain JDT, Gary Steven Robat
pernah dihantar berlatih secara percuma di bawah kelab Jerman, Borussia
Dortmund.

“Kerana sahabat saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan
Pengarah Pembangunan Akar Umbi Borrusia Dortmund, Edwin Boekamp,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Tunku Ismail, JDT juga menghantar skuad remajanya ke
Valencia tanpa bayaran kerana pemilik kelab, Peter Lim, merupakan sahabatnya.

“Ketika JDT mengadakan perlawanan pra-musim awal musim 2017
di Thailand, saya juga tidak mengeluarkan apa-apa duit melainkan kos kapal terbang
sahaja disebabkan kawan saya, pemilik Buriram United, Newin Chidchob yang telah
menjaga makan minum termasuk hotel penginapan kami semua,” katanya menerusi
Facebook JDT.

JDT baru-baru ini muncul juara Liga Super 2017, dan awal
pagi semalam ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest, papan tanda
di stadium memaparkan ucapan tahniah kepada JDT berserta promosi pelancongan
Johor.

TMJ berkata banyak perkara dapat dilakukan dengan wang, juga
tanpa wang.

“Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang
ramai yang saya hormati sekalian.

“Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua
perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini
adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik,” katanya.

Beliau turut menempelak pihak yang tidak berpuas hati dengan
kejayaan JDT yang menjuarai Liga Super 4 tahun berturut-turut.
“Seperti biasa muncul suara yang belum ada lesen cuba cari
punca yang menonjolkan kebodohan sendiri yang berasa tidak puas hati,” katanya.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel