Connect with us

Berita Lain

Kerabat Diraja Johor Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah

Kerabat diraja Johor mengaku tak salah miliki dadah. – Foto: Kosmo

PETALING JAYA, 21 Sept — Kerabat Diraja Johor, Tunku Alang
Reza Tunku Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga
pertuduhan iaitu menggunakan dadah jenis methamphetamine dan memiliki dadah
jenis sama serta ganja (kanabis), Jun lepas.
Tertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah
atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda
Zakariya.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengunakan dadah
jenis methamphetamine di Balai Polis Bandar Utama, di sini, pada 2.20 pagi, 4
Jun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan
Seksyen 38B akta serupa yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau
penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali dan diwajibkan selama dua
tahun pengawasan polis, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki dadah
jenis ganja seberat 0.9 gram dan methamphetamine seberat 0.15 gram di sebuah
rumah di Kondominum Ritz Perdana 2, Bandar Damansara Perdana, di sini, pada 12
tengah hari, tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6, ADB  yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan
dibaca mengikut Seksyen 34 akta serupa yang memperuntukkan hukuman denda
maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya, jika
disabit kesalahan.
Sementara itu, rakannya, Puteri Nur Zawani Mohd Rasid, 33,
turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan sama iaitu memiliki ganja dan
methamphetamine di tempat, masa dan tarikh sama.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Abu Arsaalna Zainal
Abidin menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan yang
dihadapi kedua-dua tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Datin Raj Preet Kaur, yang mewakili
kedua-dua tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan mereka  tiada niat untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan Tunku Alang Reza diikat jamin RM4,500
dengan seorang penjamin dan Puteri Nur Zawani RM3,000 serta menetapkan 31 Okt
ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel