Connect with us

Berita Lain

Dendam sering Diejek Gadis Dirogol, Dibunuh, Kemaluan Ditusuk Dengan Kayu


MASIH ingat pembunuhan kejam membabitkan seorang wanita yang
dirogol sebelum dibunuh dan ditemui dalam keadaan di mana kemaluan mangsa
dirodok dengan batang cangkul dalam kejadian di Tengerang, Indonesia, Mei tahun
lalu?
Insiden hampir sama berlaku kepada seorang gadis, Eka
Yuniati, 15, yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan kemaluannya
berlumuran darah kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu.
Dalam kejadian di sebuah pondoh sawah di Pasuruan, Jawa
Timur, Indonesia, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul, dirogol,
serta lehernya dicekik menggunakan kayu sebelum kemaluan mangsa didakwa ditusuk
menggunakan objek tersebut, lapor Detikkasus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan penemuan mayat mangsa yang mengejutkan penduduk
kampung, pihak polis berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di
rumahnya pada jam 3.50 petang, semalam (27/September).
Menurut laporan portal itu, suspek, Muhammad Madinatul Huda,
21, berkata dia tidak merancang mahu membunuh mangsa namun mengaku berdendam
kerana sakit hati selepas sering diejek oleh gadis itu di depan teman
lelakinya.
Semasa disoal siasat suspek berkata, sebelum kejadian berlaku
dia bersama mangsa dan lima lagi rakannya sedang minum minuman keras kira-kira
jam 9 malam, pada Isnin.
Mereka kemudian ternampak sebuah kereta peronda melalui
kawasan tersebut mengakibatkan kumpulan itu panik lalu melarikan diri dan
kebetulan mangsa dan suspek lari bersama-sama ke kawasan sawah.

Disebabkan dalam keadaan mabuk, suspek dilaporkan bertindak
meraba-raba mangsa dan mengajak gadis itu melakukan hubungan seks, namun mangsa
enggan menuruti permintaan suspek.
Mangsa dirogol oleh suspek dan disebabkan suspek masih
berasa marah kerana mengingatkan mangsa sering mengejeknya, dia bertindak mencekik
dan memukul gadis itu.

Memetik laporan Jawa Pos, Muhammad Madinatul mengaku
melakukan perbuatan kejam tersebut seorang diri.
“Pukul berapa (kejadian) saya tak ingat, tapi yang pastinya
tengah malam. Mulanya saya mencekik lehernya dengan kayu, kemudian saya pukul
muka dia dengan batu.
“Kami sudah saling mengenali dan sering keluar bersama. Saya
melakukannya (membunuh) kerana kesal dengan korban (sering mengejek),” katanya
dipetik portal itu.
Ketua Polis Pasuruan Raydian Kokrosono yang mengesahkan
kejadian tersebut berkata, mangsa memang dirogol sebelum meninggal dunia.
Raydian berkata, hasil maklumat dan tindakan pantas
pihaknya, suspek berjaya diberkas dalam tempoh kurang 18 jam.
Kes sedang disiasat dan jika sabit bersalah, suspek boleh
dihukum penjara sehingga 20 tahun.

— Malaysian Digest

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel