Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Rugi RM100,000 Kena Ragut

Wanita yang menjadi mangsa ragut di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan



Serdang: Terleka hanya lima saat namun kerugian ditanggung
lebih RM100,000. Itu nasib dialami seorang wanita yang menjadi mangsa ragut
ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri
Kembangan, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang
suspek lelaki tiba-tiba muncul mendekati meja makan mangsa sebelum merampas beg
tangan mangsa diletakkan di kerusi bersebelahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad
Aminuddin Megat Alias berkata, suspek sebelum itu dikesan keluar dari sebuah
kenderaan di laluan berhampiran premis itu.
“Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan.
Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan
adalah palsu.
“Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai
berjumlah RM117,630.
“Menurut keterangan mangsa, wang berkenaan adalah pinjaman
daripada saudara-mara dan milik diri sendiri. Mangsa kemudian membuat laporan
di Balai Polis Seri Kembangan di sini, sejurus kejadian,” katanya.
Megat berkata, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum
menahan lapan lelaki termasuk dua lelaki warga Indonesia bagi membantu
siasatan.
“Semua suspek ditahan di sekitar Seri Kembangan, di sini,
Isnin lalu.
“Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan
terbabit dilepaskan dengan jaminan polis, manakala dua lelaki warga Indonesia
itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379
Kanun Keseksaan,” katanya.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di
restoran berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta model
Perodua Myvi berwarna perak dan merampas beg milik wanita itu yang diletakkan
di atas kerusi di sebelah tempat duduknya.

“Lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam kereta sebelum
melarikan diri. Terdapat sebuah lagi kereta jenis sama berwarna kuning
kelihatan mengekori kenderaan dinaiki suspek,” katanya. – My Metro


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel