Connect with us

Berita Lain

Dr M Hadir Solat Hajat Untuk Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad. Siapa yang mudah melupakan bagaimana mata kiri Anwar lebam selepas
ditumbuk ketika ditahan polis.
Selepas dibicarakan Anwar dijatuhi hukuman penjara pada
1999, dan perdana menteri Malaysia ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah
Dr Mahathir.
Ia adalah detik mencetuskan reformasi dan bagi penyokong
gerakan itu, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malam ini Dr Mahathir – yang dipisahkan jarak kira-kira 50
kilometer dengan Anwar – berdiri bersama orang ramai mengadakan sembahyang
hajat mendoakan pembebasan bekas ketua pembangkang tersebut dan menyelamatkan
Malaysia.
Dr Mahathir hadir bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail di Bandar Baru Bangi, manakala Anwar masih terpenjara di Sungai Buloh.


Selepas solat Isyak Dr Mahathir turut berpeluang memberikan
‘tazkirah’ kepada orang ramai yang memenuhi dewan sembahyang di majlis anjuran
Akademi Ulum Munawwarah itu.
Pada usia 92 tahun bekas presiden Umno selama 22 tahun itu
menghabiskan masa kira-kira 40 minit memberikan ucapannya.
Kata Dr Mahathir untuk membebaskan Anwar orang ramai tentu
tidak boleh menyerbu Penjara Sungai Buloh. Sebaliknya kata beliau apa yang
boleh dilakukan ialah menukar kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
“Kalau kita tukar kerajaan, kerajaan (yang baru) boleh
ambil tindakan untuk membebaskan Anwar,” katanya.
Kini menjadi salah satu watak terpenting dalam gerakan
pembangkang Dr Mahathir kemudian mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang
didakwanya melakukan pelbagai salah laku.
Untuk mengubah kerajaan katanya ia tidak boleh dilakukan
dengan hanya berdoa.
Justeru kata Dr Mahathir penyokong pembangkang mesti bersatu
padu dan berusaha.
“Setiap yang kita minta daripada Allah, kita kena usaha
(untuk dapatkan).
“Kalau nak tunggu ia datang bergolek, datang melayang –
itu memang tidak akan berlaku. Kita kena usaha,” katanya.
Sebelum itu Dr Wan Azizah serta Timbalan Penasihat Umum
Parti Amanah Negara Abdul Ghani Shamsuddin turut menyampaikan sedikit ucapan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel