Connect with us

Berita Lain

Ahli Pas Perlu Beri Undi Kepada Pakatan Harapan Secara Terbuka – Mahfuz


SHAH ALAM -Ahli Pas perlu menyokong dan memberi undi secara
terbuka mahupun sebaliknya terhadap Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hanya
itu sahaja langkah yang ada bagi membolehkan peralihan kuasa berlaku pada PRU14
nanti, lapor Sinar Harian.
“Pas hanya menyasarkan kemenangan 40 kerusi. Ini tidak
membawa kepada peralihan kuasa politik dan sudah tentu tidak dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan beban kos sara hidup akibat
GST penarikan subsidi dan segala macam masalah negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sudah tentu ahli Pas sudah boleh berfikir, mengundi
parti itu yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah kuasa politik
negara sebaliknya mengekalkan BN untuk terus berkuasa,” katanya menerusi
kenyataan, hari ini.
Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan tidak memecat Mahfuz
memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden itu berkata Pas mahu menumpukan kepada
kemenangan PRU14 daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.
Terdahulu, Pas Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam
senarai calon PRU14 di Kedah.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor
berkata, Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU nanti dan
Pas akan meletakkan calon lain di kerusi Parlimen Pokok Sena.
Mahfuz dalam kenyataan sama hari ini mengucapkan penghargaan
ke atas keputusan Tuan Ibrahim yang dianggap matang.
“Kenyataan Tuan Ibrahim untuk tidak mempedulkan apa
yang saya lakukan bersama Pakatan disambut baik.
“Ini bermakna, Pas tidak ada masalah sekiranya
ahli-ahlinya menyokong dan mengundi Pakatan untuk  merubah kuasa politik negara,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel