Connect with us

Berita Lain

Penternak Berputih Mata, Penyamun Kebas Ternakan Satu Kandang


JEMPOL: Bukan seekor atau dua, tetapi semua 240 biri-biri
dan lima kerbau diangkut oleh pencuri sehingga kandang menjadi kosong.
Kejadian itu cukup mengejutkan seorang penternak ketika
melawat ladang ternakannya di Sungai Sebaling, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur
Hishamuddin Hashim, berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyedari kejadian
berkenaan ketika memeriksa kandangnya jam 2.40 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa melihat ada kesan tayar lori di sekitar kandang
selain menemui picagari dipercayai digunakan suspek untuk menyuntik pelali
terhadap kerbaunya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, mangsa menyedari tiga lori
memasuki kawasan ladang sebelum kejadian itu, namun menyangka kenderaan
terbabit membawa anak pokok kelapa sawit ke kawasan berhampiran.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu supaya menghubungi Balai Polis Ladang Geddes di talian 06-46112222
atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449. – Berita Harian


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel