Connect with us

Berita Lain

Polis Tahan Lelaki Pakistan Kutip Hutang Raba Suri Rumah


JERTIH: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas
meraba seorang suri rumah berusia 29 tahun di Kampung Tok Has, di sini, Isnin
lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd
Rowi, berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.35 petang
hari sama, lapor Berita Harian.
Beliau berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu mangsa yang
berada di rumahnya didatangi suspek untuk mengutip hutang.
“Mangsa kemudian membayar wang kepada suspek sebanyak
sejumlah RM20.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun, tiba-tiba suspek masuk ke bahagian dapur rumah
mangsa dan bertindak memeluknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zamri berkata, lelaki itu didakwa turut meraba bahagian
punggung mangsa.
“Mangsa berjaya melepaskan diri dan keluar daripada
rumah.
“Sebaik lelaki itu keluar daripada rumah berkenaan,
mangsa masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan direman bagi membantu
siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel