Connect with us

Berita Lain

Siasatan Hotel FIC: Pihak Luar Jangan Buat Spekulasi


KUALA LUMPUR –
Mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung pembelian
sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment
Corporation (FIC) kerana proses siasatan masih berjalan, kata Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam
Baki.
Beliau berkata
pihaknya sedang dalam proses untuk mengambil keterangan daripada pihak luar
negara berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Keterangan
yang akan diambil antaranya melibatkan pihak peguam dan penjual di sana (luar
negara) bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya kepada Bernama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu,
Azam berkata SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada pihak dalam
negara termasuk mengambil segala dokumen berkaitan hotel itu dan Felda
memberikan kerjasama penuh.

Beliau berharap
mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung siasatan kes itu dan SPRM
tidak akan mendedahkan butiran siasatan yang masih berjalan.

Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli
kononnya hotel berkenaan bukan milik FIC malah ia milik sebuah syarikat lain.
Pada Selasa
lepas, Felda menegaskan tiada penubuhan syarikat baharu yang beroperasi di
London oleh FIC seperti didakwa pembangkang.
Pengerusinya
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Rafizi telah membuat tuduhan yang berat
dengan mendakwa kononnya FIC menubuhkan sebuah syarikat baharu bertarikh 17 Okt
2017. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel