Connect with us

Berita Lain

Penarik Kereta Dihukum Mati Kes Bunuh Pengasas AmBank


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu trak tunda selepas didapati
bersalah atas pertuduhan membunuh pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank) Hussain
Ahmad Najadi pada 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman juga
menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas Koong Swee Kwan, 48, selepas
didapati bersalah atas pertuduhan cuba membunuh balu Hussain, Cheong Mei Kuen,
53.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam Datuk
Michael K.L Chee, menjalani hukuman penjara tu bermula dari tarikh tangkap pada
22 Sept 2013.

Ab Karim dalam penghakimannya berkata keterangan pembelaan
tertuduh hanyalah cerita rekaan semata-mata dan tidak logik serta gagal
menimbulkan keraguan munasabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya berdasarkan luka pada tubuh si mati, dia ditembak
dalam keadaan dinamik iaitu berubah-ubah kedudukannya dari belakang ke depan
dan punca kematian adalah disebabkan tembakan berganda.
“Kejadian berlaku pada siang hari di tempat awam. Perbuatan
ini berlaku di hadapan isteri yang membawa kepada trauma berpanjangan,” kata Ab
Karim yang menyifatkan perbuatan itu sebagai kesalahan serius.
Sementara itu, Cheong dalam kenyataan impak mangsa berkata
beliau mengalami trauma dan kesedihan yang berpanjangan sejak kejadian yang
meragut nyawa suaminya itu dan peristiwa hitam tersebut tidak mudah lenyap dari
ingatannya.
“Saya kehilangan suami saya, Hussain Najadi, seorang yang
sangat baik dan jujur. Ketenangan jiwa saya tidak mungkin dapat dikembalikan.
Siapa yang dapat kembalikan kehilangan yang saya alami? Masa tidak akan dapat
memulihkan kesengsaraan dan trauma saya.
“Saya mahu melihat keadilan untuk suami kesayangan saya dan
bagi diri saya, dan di Mahkamah Undang-Undang, keadilan mesti dilaksanakan,”
katanya yang membacakan kenyataan itu dalam bahasa Inggeris dari kandang saksi
dengan suara tersekat-sekat menahan sebak.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan
Shaharuddin Wan Ladin, Mohd Hamzah Ismail dan Siti Aisyah Ahmad.
Siti Aisyah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum
kerana kesalahan itu adalah serius dan supaya hukuman itu menjadi pengajaran
kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama sebagai jaminan
melindungi kepentingan awam.
Koong, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta
Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan
2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman mati mandatori.
Koong juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong di
tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pada 5 Sept 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman
Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Koong atas tuduhan
membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba
membunuh Cheong.
Bagaimanapun pada 14 Dis 2016, panel lima hakim Mahkamah
Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetepikan sabitan
dan hukuman gantung sampai mati terhadap Koong dan memerintahkan kes itu
dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi di hadapan hakim baharu.
Mahkamah Persekutuan mendapati keputusan itu prejudis
terhadap Koong kerana Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes
bunuh itu juga adalah hakim sama yang mendengar rayuan pemandu teksi yang
dituduh memiliki sepucuk pistol serta peluru hidup berhubung kes bunuh itu.
Dalam kejadian itu, Hussain maut manakala isterinya cedera
parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar
dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah.

Perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi bermula pada 27 Mac
lepas dengan 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi
keterangan. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel