Connect with us

Berita Lain

”Nyawa Lebih Penting, Saya Tidak Kisah Dikecam,” Bilal Jemput Mangsa Banjir Bukan Islam Berteduh Di Surau


“Saya tak kisah apa orang kata, yang penting nyawa mereka
dapat diselamatkan,”.
Itulah ucapan oleh Sapno Tukijo, 50, seorang bilal surau
Taman Free School, Georgetown ketika memberi komen mengenai foto sekumpulan
lelaki dan wanita berbangsa Cina yang menumpang di surau terbabit menjadi tular
di media sosial.
Ujarnya, jumlah sebenar mangsa yang terjejas akibat banjir
awal pagi semalam yang terdiri daripada kaum Cina dan India adalah seramai 70
orang yang merupakan penduduk di kampung sekitar Lengkuk P Ramlee.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya lagi, dia sendiri turut cuba menyelamatkan mangsa
banjir yang ketika itu mahu menumpang teduh di tokong berdekatan dengan kampung
mereka.
“Tokong terbabit terletak hanya beberapa meter di
seberang jalan dan saya cuba membawa mereka dengan mengikat tali di kedua-dua
tiang elektrik.
“Bagaimanapun usaha itu gagal kerana air deras dan naik
mendadak hingga paras dada dan saya sendiri mempelawa mereka menumpang di
surau,” katanya.
Sapno Tukijo turut memberitahu pada awalnya pelawaan dia
ditolak oleh mangsa-mangsa tersebut kerana mereka segan dan menghormati surau
tempat ibadah umat Islam tersebut, namun memahami apabila dia memberi
penjelasan berhubung situasi yang dialami mereka ketika itu, lapor my Metro.

“Mereka akhirnya akur dan menumpang di surau ini malah
ada yang tidak berbaju kerana keluar sehelai sepinggang ketika itu.
“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu namun
saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah
hendak dituju,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel