Connect with us

Berita Lain

FAM Mahu Teliti Kes Safiq Mencarut



KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, pihaknya mahu
meneliti terlebih dahulu laporan penuh pengadil perlawanan sebelum mengambil
sebarang tindakan terhadap Safiq Rahim yang mengeluarkan kata-kata kesat
selepas tamat final Piala Malaysia, kelmarin.

Kata-kata kesat yang dikeluarkan kapten Johor Darul Ta’zim
(JDT) itu terhadap pengkritik telah dirakamkan dan menjadi tular di media
sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat masa sekarang, kami tidak boleh buat apa-apa kerana
perlu tunggu laporan pegawai perlawanan. Sebaik sahaja kami menerima laporan
kami akan menentukan apa tindakan yang patut diambil,” katanya kepada Utusan
Online di sini, hari ini.
Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, Safiq dilihat
seperti melepaskan geram kepada pengkritik bola sepak yang dianggap membenci
JDT apabila secara tiba-tiba menjerit dengan mengeluarkan kata-kata
kesat:…all the haters *****!Gua champion sekarang…*****. Lepas ini kau
tengoklah!”.
Ketika ditanya sama ada Safiq bakal dikenakan hukuman
gantung satu perlawanan dan denda RM500 seperti pemain Pahang, Syamim Yahya,
Baljit menjelaskan sukar untuk beliau membuat ramalan berdasarkan kes
terdahulu.
“Susah nak cakap sebab saya tidak terima laporan lagi kerana
kami perlu melihat daripada semua sudut sebelum mengambil tindakan. Saya tidak
boleh menjadikan kes sebelum ini sebagai rujukan,” katanya.


Syamim melakukan kesalahan menunjuk isyarat lucah iaitu jari
tengah ketika Pahang menentang Melaka United dalam aksi Liga Super pada 25
Februari lalu. Tindakan itu dilakukan ketika perlawanan disiarkan secara
langsung dan ditonton secara umum.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel