Connect with us

Berita Lain

Hilangkan Diri Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran RM25 Ribu, Pengantin Lelaki Disaman Malu Oleh Bakal Isteri


Seorang pengantin lelaki yang gagal menghadirkan diri ke
majlis perkahwinannya sendiri menerima padah apabila dia bakal disaman malu
oleh pengantin perempuan dan keluarganya. Pengantin lelaki tersebut dipercayai
melarikan diri kerana tidak mampu membayar wang hantaran yang sudah dijanjikan
kepada bakal isterinya itu.
Majlis perkahwinan itu sepatutnya berlangsug di rumah
pengantin perempuan di Kampung Khao Din di daerah Kabin Buri, Thailand pada Ahad.
Namun, apabila tiba masanya untuk acara pra-perkahwinan dijalankan pada jam 6
pagi, mereka terkejut kerana pengantin lelaki masih belum hadir, malah tiada
tanda-tanda saudara dan rakan terdekat pengantin lelaki berada di majlis
tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Booyang
Sawatdee, 26, hadir ke rumah kekasihnya yang juga pengantin perempuan, Arunee
Jaengkrachang, 24, bagi membuat persiapan terakhir. Apabila pengantin lelaki
tersebut gagal menghadirkan diri pada awal pagi Ahad, saudara kepada pengantin
perempuan telah menelefonnya dan Booyang Sawatdee memberitahu supaya mereka
menunggunya yang masih dalam perjalanan ketika itu.
Arunee Jaengkrachang terus setia menunggu ketibaan bakal
suaminya, namun bayang-bayang Booyang Sawatdee masih juga tidak kelihatan.
Setelah beberapa jam berlalu dan majlis yang tertangguh, mereka cuba
menghubungi semula pengantin lelaki, namun ianya gagal.
Mereka kemudiannya pergi kerumah pengantin lelaki tersebut,
namun terkejut kerana rumah tersebut dalam keadaan lengang tiada sesiapa pun.
Keluarga pengantin perempuan akhirnya mengetahui bahawa kehilangan pengantin
lelaki tersebut disebabkan dia gagal menyediakan wang hantaran untuk bakal
isterinya.

Arune Jaengkrachang yang mendengar berita tersebut terus
menangis yang kemudiannya pengsan. Menurut saudaranya, kedua-dua bakal
pengantin tersebut sudahpun menjalinkan hubungan percintaan sejak 6 tahun lalu.
Booyang Sawatdee kemudian meminta keluarganya untuk bertemu
keluarga Arunee Jaengkrachang bagi tujuan merisik. Kedua-dua pihak bersetuju
dengan wang hantaran berjumlah 200 000 Bath (RM25,561) dan emas beratnya sama
degan 5 Bath.
Ayah kepada pengantin perempuan, Chaowarit Jaengkrachang,
48, dan isterinya Sripapa Phudbomuang berkata mereka sudahpun mengeluarkan
biaya sebanyak 66 000 Bath (RM 8415) untuk majlis tersebut termasuklah
perbelanjaan lain seperti kad jumputan yang sudah dicetak dan diedarkan kepada
tetamu.
Tindakan pengantin lelaki yang melarikan diri itu dianggap
telah memalukan keluarga pengantin perempuan, selain telah kerugian kerana
telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Chaowarit Jaengkrachang berkata pihaknya mahu Booyang
Sawatdee menggantikan semula semua perbelanjaan yang sudah dikeluarkan oleh
pihaknya. Dia juga bakal menfailkan laporan kepada polis berhubung perkara
tersebut.

– Bangkok Post

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel