Connect with us

Berita Lain

Kerana Suapan RM2,000, Bekas Inspektor Dipenjara 3 Tahun

Bekas inspektor polis dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana terima suapan RM2,000 daripada seorang lelaki yang terbabit kes rogol dua tahun lalu. – Foto: Berita Harian



Gara-gara menerima suapan RM2,000 daripada seorang lelaki
dua tahun lalu, seorang bekas inspektor polis dikenakan hukuman penjara tiga
tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.

Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman tersebut selepas
tertuduh, P Kavikumar, 27 tahun, yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Machang gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan
kes berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan
lagi sekiranya dia gagal membayar denda, lapor Malaysiakini.
Mengikut fakta kes, Kavikumar didakwa menerima suapan
berjumlah RM2,000 daripada Mohd Zulhafizi Wan Mohd Zulkefly sebagai dorongan
untuk tidak mengambil tindakan kononnya atas kesalahan merogol di Jalan Bukit
Bakar, Machang pada jam 6 petang, 13 Januari 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dikenakan hukuman penjara
tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda daripada
jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika
sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Shahidah
Muslimah Roslan mencadangkan supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh
sebagai pengajaran.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon
supaya hukuman dikurangkan atas alasan bekerja sebagai pemandu teksi dan perlu
menyara keluarga termasuk tiga adiknya yang masih belajar.
Adli kemudiannya menetapkan hukuman penjara tiga tahun
bermula hari ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel