Connect with us

Berita Lain

Kes Kanak-Kanak Dirantai Pada Tong Gas, Bapa Kandung Dapat Hak Penjagaan


KUANTAN: Kanak-kanak yang ditemukan tidak sedarkan diri dan
lehernya dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya di sini bulan lalu akan terus
tinggal bersama bapa kandungnya dengan tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Keputusan itu ditetapkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan
Kamaruzaman di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di sini Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM Pahang Azmi
Ibrahim berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu juga akan menghadiri bengkel
interaktif dengan pegawai psikologi jabatan tersebut apabila dia mengikut
bapanya ke Melaka, lapor portal 
Antarapos.
“Ini bertujuan untuk memberikan bantuan psikologi
kepadanya jika dia masih trauma dengan apa yang berlaku.
“Dia akan menjalani bengkel selagi dia memerlukannya
untuk pulih,” kata Azmi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 7 Oktober lepas, akhbar melaporkan, seorang kanak-kanak
lelaki ditemukan bukan sahaja berbogel malah tidak sedarkan diri serta lehernya
dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota.
Perbuatan di luar batas kemanusiaan itu dilakukan bapa tiri
kanak-kanak berkenaan yang dikatakan hanya kerana tidak tahan dengan kedegilan
anaknya yang tidak mahu ke sekolah.
Ekoran kejadian itu yang turut tular di media sosial, bapa
tiri mangsa yang merupakan seorang anggota tentera ditahan reman bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Lelaki berusia 35 tahun berkenaan kemudian dibebaskan dengan
jaminan polis selepas tempoh tahanan reman berakhir sementara menunggu
keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.
Pada 11 Oktober lalu, mahkamah memutuskan perintah jagaan
sementara kepada bapa kandungnya selama sebulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel