Connect with us

Berita Lain

Polis Buru Pengurus Kedai Kek Rogol Remaja


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pengurus kedai
kek dikenali sebagai Max, yang dipercayai merogol remaja berusia 17 tahun di
pangsapuri di Puchong, pada 24 Oktober lalu.
Lelaki terbabit yang membawa mangsa yang juga pekerja kedai
kek berkenaan ke rumahnya di Puchong Prima.
Suspek menghilangkan diri selepas mangsa membuat laporan
polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad
Azlin Sadari, berkata pihaknya menerima laporan dari mangsa dua hari selepas
kejadian berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada masa ini kita sedang mengenal pasti identiti
suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa bagi membantu kita
mengesannya dan menjalankan siasatan lanjut.
“Berdasarkan butiran diberikan, kami yakin suspek dapat
diberkas dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, suspek dilaporkan
menjemput mangsa dari rumahnya di Bandar Puchong Jaya, atas urusan kerja
sebelum dibawa ke rumah suspek di Puchong Prima bagi tujuan mengambil barang.
Selepas tiba di kediaman suspek, mangsa diminta masuk ke
dalam rumah sebelum dipujuk untuk mengikut ke bilik tidur.
Suspek kemudian dipercayai memeluk sebelum menolaknya ke
atas katil dan merogol mangsa, meskipun dia dipercayai sedang haid.

Mangsa juga turut diugut untuk tidak membocorkan perkara
berkenaan kepada sesiapa.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel