Connect with us

Berita Lain

Video Tular, ‘Timbalan Pengarah’ Buat Laporan Polis Pertahankan Diri Pukul Anak


Seorang wanita tampil membuat laporan polis susulan rakaman
video memaparkan dia memukul, mengherdik dan mengheret seorang kanak-kanak
dipercayai anaknya tular di laman sosial, sejak kelmarin.
Laporan polis dibuat wanita itu, yang tidak didedahkan
namanya dimuat naik di laman Facebook Komuniti Kuantan pada Rabu oleh seorang
pengguna Facebook bernama Mohamad Baginda, mendakwa bapa saudara kepada mangsa.
Berdasarkan laporan polis, wanita itu memaklumkan dia
menyedari bahawa video tersebut tersebar di laman sosial selepas diberitahu
oleh rakannya, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam ketika berada di Kuantan
Parade.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wanita itu yang mendakwa bekerja sebagai Timbalan Pengarah
di sebuah jabatan mempertahankan tindakan dia memukul anaknya, dengan alasan
mahu memberi pengajaran kepada mangsa.
“Saya memukul anak saya dengan niat mengajarnya kerana anak
bermain dengan anjing dan bermain seorang diri di tempat yang jauh dari jagaan
saya.
“Saya datang ke balai buat laporan untuk ambil tindakan ke
atas individu yang telah menviralkan video tersebut,” demikian menurut wanita
itu dalam laporannya.

Sementara Mohamad Baginda mendakwa insiden anak saudaranya
dipukul oleh wanita itu, yang merupakan bekas adik iparnya bukan kali pertama
berlaku.


Namun, katanya hasil perbincangan dengan pihak keluarga,
mereka sepakat untuk tidak membuat laporan polis berhubung laporan yang dibuat
wanita itu.
“Salahkan bagi seorang bapa saudara dalam situasi ini, dan
video itu dikongsi oleh kawan isteri saya yang berada di tempat kejadian.

“InsyaAllah, Allah akan membalas semua yang anda lakukan,
tidak di sini mungkin di akhirat kelak. Dia pernah mengugut untuk mencederakan
ibu mertua saya,” dakwa lelaki itu.
Dakwanya lagi, laporan yang dibuat wanita itu boleh dianggap
palsu dipercayai kerana menipu maklumat pekerjaan yang tertera sebagai timbalan
pengarah.
– Malaysian Digest

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel