Connect with us

Berita Lain

Anggota Polis Maut BMW Terbabas



KUALA LUMPUR: Seorang anggota dari Balai Polis Travers,
terbunuh selepas kereta jenis BMW jenis Z4, yang ditumpangnya, terbabas dalam
kemalangan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, kereta yang dipandu
seorang pemborong baju, Tee Swee Yap, 35, dari arah Jalan Gembira OUG, menuju
ke Jalan Klang Lama, gagal dikawal sehingga terbabas dan melanggar papan iklan
di kiri jalan, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata anggota polis terbabit Nick
Mazuan Shah Jaya Shahdilan, 32, yang duduk di sebelah pemandu disahkan maut di
tempat kejadian.
Katanya, pemandu kenderaan bagaimanapun hanya cedera pada
leher dan kaki kiri serta dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pegawai
perubatan, Nick Mazuan, dipercayai mengalami kecederaan dalaman, kesan daripada
pelanggaran berkenaan.
“Lokasi kemalangan ialah jalan utama dengan mempunyai
tiga lorong jalan sehala dan keadaan jalan berbukit sedikit dan
berselekoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semasa kejadian berlaku, cuaca baik dan
permukaan jalan kering.
Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel