Connect with us

Berita Lain

Harga RON95 Mungkin Cecah RM2.50 Seliter, Kata Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli – Foto: FMT



KUALA LUMPUR – Harga RON95 diramal boleh mencecah RM2.50
seliter dalam masa beberapa minggu lagi.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, perkara itu
tidak mustahil sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$64 setong.
“Harga pada hari ini ialah AS$62.16 setong dan bulan
ini, minyak mentah pernah mencecah AS$64 setong. Sekiranya harga minyak mentah
dunia menurun tetapi ringgit masih tidak mengukuh, ia masih lagi akan hasilkan
harga RON95 pada RM2.50 seliter.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini bermakna, prospek harga RON95 semahal RM2.50
seliter bukanlah main-main dan boleh berlaku minggu depan,” katanya dalam
sidang media, di Parlimen hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata,
kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak
kenaikan harga minyak mentah dunia sekiranya harga runcit produk RON95 dan
diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
Minggu lalu, harga runcit mingguan bagi petrol RON95
meningkat tujuh sen, menjadikannya RM2.38 seliter.
Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak mekanisme penetapan
harga mingguan diperkenalkan.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya
membatalkan syarat harga RON95 mesti melebihi RM2.50 seliter untuk tiga bulan
berturut-turut.
“Walaupun kerajaan seolah-olah sedia memberikan kembali
subsidi, helahnya besar kemungkinan ia tidak akan berlaku. Ini kerana untuk
mengekalkan harga minyak melebihi AS$64 setong secara berterusan selama tiga
bulan, satu krisis dunia yang besar telah pun berlaku.

“Malah, walaupun harga minyak mentah kekal melebihi
AS$64 setong selama tiga bulan berturut-turut, kerajaan telah mengutip RM4.2
bilion sejak 1 Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk
subsidi,” katanya.

– Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel