Connect with us

Berita Lain

UMNO Kini Lebih Mantap Bawah Najib, Zahid


UMNO yang kini diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Najib
Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemangku timbalan
presiden parti kini jelas berada dalam keadaan mantap.
Malah parti keramat terbesar umat Melayu di dunia itu
bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang pada
bila-bila masa waima dianggap sebagai ibu kepada segala PRU dalam sejarah.
Ia dicapai selepas harungi pelbagai cabaran daripada
beberapa individu yang mahu guling Presiden UMNO, menghancurkan parti dan
menghuru-harakan jutaan ahli di peringkat bawah sejak pertengahan tahun 2015.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kini UMNO sudah berada dalam keadaan yang lebih mantap,
paling kuat dan amat bersih sepenuhnya daripada sebarang anasir duri dalam
daging yang mahu menghancurkan parti.
“Saya dengan Zahid ini sudah lama, sejak 1986 lagi, dia
bukan sahaja timbalan saya yang setia tetapi sahabat yang sentiasa bersama saya
dalam susah dan senang,” kata Najib pada Ogos lepas.
Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, secara
terbuka Najib memuji Ahmad Zahid, sekali gus mengiktiraf beliau sebagai
gandingan terkuatnya dalam urusan mentabdir negara.
“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang
timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang
setia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata Najib ketika ucapan bajet
berkenaan.
Ahmad Zahid pula me­negaskan, beliau akan tetap berdiri
teguh di belakang Najib bagi menghadapi setiap cabaran dan fitnah politik yang
dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, Ahmad Zahid bahkan telah
menyatakan pendiriannya secara terbuka bahawa wala’ atau taat kepada presiden
parti tersebut ketika ucapan pergulungan.

“Wala’ ertinya taat… Kita sebagai perwakilan bukan sahaja di
dewan (Pusat Dagangan Dunia Putra – PWTC), di luar dewan, di kampung, wala’
kita tidak berbelah-bahagi, wala’ kita wala’ yang ikhlas.
“Presiden kita berbuat baik bukan hanya pada kita orang
Islam, UMNO, Melayu tetapi beliau berbuat baik kepada semua kerana beliau
adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat di Malaysia,” tegas Ahmad Zahid.
Gandingan Najib dan Ahmad Zahid menjadikan UMNO lebih mantap
dan kuat dalam menghadapi ancaman blok pembangkang yang ketika ini diterajui
oleh DAP dan tiga parti kecil yang lain.
Kemas organisasi UMNO di peringkat atas, tidak bercelaru dan
berselerak macam pembangkang. Pakatan pembangkang konon dalam satu kapal tetapi
ada pula tiga nakhoda.
Sampai ke hari ini, mereka masih belum selesai memilih siapa
bakal Perdana Menteri, timbalan dan barisan kabinet bayangan mereka. Masih
berebut kerusi, berasa sangsi dan tidak ikhlas sesama mereka.
Sampai ke hari ini, kita dengar parti yang cuba meniru dan
ciplak perlembagaan UMNO telah mula hilang sokongan sedikit demi sedikit. Parti
bunga mula ditinggalkan oleh rakyat. Satu persatu keluar dan tinggalkan PPBM.
Agenda peribadi pemimpin parti bunga pula semakin jelas
kelihatan. Lebih memalukan, hendak buat mesyuarat di peringkat cawangan pun
masih lagi gagal sampai ke hari ini konon tidak cukup ahli peringkat akar umbi.
Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan dari 5 Disember
hingga 9 Disember ini di PWTC adalah hasil daripada mesyuarat  21,800 cawangan UMNO di seluruh negara yang
telah diadakan dari 17 Mac hingga 30 April.
Seramai 3.6 juta ahli UMNO di seluruh negara hadir dan
bermesyuarat cawangan. Mereka berbincang tentang hal parti dan isu semasa. Usul
dan permasalahan rakyat yang dibincang dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian.
Ia diadakan dari 7 Julai hingga 26 Ogos. Hasilnya 191 UMNO
Bahagian di seluruh negara mengadakan mesyuarat. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu
Wanita, Pemuda dan Puteri turut sama mengadakan mesyuarat.
Masing-masing berjaya memilih perwakilan untuk ke
Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur. Tiga sayap pula lazimnya
menghantar empat orang perwakilan termasuklah Ketua dan Naibnya.
Di peringkat bahagian pula memilih tujuh perwakilan daripada
peringkat bawah selain Ketua, Timbalan, Naib dan tiga ketua sayap yang layak
secara automatik. 13 orang kesemuanya daripada 191 bahagian UMNO di seluruh
negara.
Hampir 2,483 orang perwakilan dari bahagian ini akan
berkampung di PWTC untuk bahas usul terutama isu rakyat diperjuangkan secara
bersama. Membawa harapan dan aspirasi semua ahli UMNO di peringkat cawangan ke
PWTC.
Inilah cara UMNO mengadakan mesyuarat sejak 71 tahun yang
lalu. Kemas dan tersusun organisasinya. Dalam kalangan negara Islam, ramai yang
menghantar pemerhati dan perwakilan untuk mengkaji dan belajar dari UMNO.
Mahu mengetahui dan mempelajari bagaimana parti yang paling
lama menguasai kerajaan di rantau Asia tenggara ini sejak merdeka pada 1957
mampu meneruskan kesinambungan untuk bela nasib bangsa, agama dan tanah air.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di saat satu persatu negara-negara Islam lain di Asia Barat
dan Afrika Utara dilanda ketidakstabilan ekonomi serta pergolakan politik,
Malaysia masih berdiri kukuh di wilayah Asia Timur untuk memelihara syariat
Islam.
Biarpun diserang setiap hari dengan isu isu ekonomi oleh
pembangkang dan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia, namun Najib dan Ahmad
Zahid mampu harungi ombak ranjau ekonomi ini dengan baik.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.2 peratus
adalah yang terbaik di dunia, malah kedudukan ringgit makin mengukuh kepada
RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat.
Biarpun diserang dengan isu politik oleh seorang bekas
perdana menteri, dua bekas timbalan perdana menteri, seorang diktator DAP, dua
menteri besar namun bahtera UMNO yang dikemudi oleh Najib tetap kekal belayar
kuat.
Ia mengharungi semua cabaran ini dengan jayanya. Malah kapal
pembangkang yang menyerang itu pula nampaknya semakin kacau bilau dan lintang
pukang. Kapal itu diserang oleh orang mereka sendiri dari dalam.

Advertisement
Sudah ramai terjun ke laut menyelamatkan diri. Bahtera UMNO
yang dinakhoda Najib dibantu Ahmad Zahid terus mara dengan kuat. Inilah
gandingan terbaik untuk UMNO dan rakyat Malaysia. 

– Agensi/Mynewshub.cc

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel