Connect with us

Berita Lain

Trump Tak Takut Balasan Tuhan – Gabenor California


SACRAMENTO – CALIFORNIA: Gabenor California, Jerry Brown
menyalahkan Presiden Donald Trump ekoran kebakaran hutan paling buruk di negeri
itu.
Brown berkata, langkah Trump menarik diri daripada
Perjanjian Iklim Paris ‘menyumbang’ kepada bencana di Selatan California yang
kini telah memasuki minggu kedua.
Perjanjian Iklim Paris dianggap pelbagai pihak sebagai satu
usaha yang mampu memperlahankan pemanasan global.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sehingga semalam, ratusan ribu penduduk di Ventura, Los
Angelas dan San Diego serta beberapa bandar berdekatan dipindahkan ke kawasan
selamat.
Media tempatan melaporkan, pasukan bomba berdepan kesukaran
untuk membendung kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan cuaca panas dan
tiupan angin kencang.
Difahamkan, api merebak pantas selepas angin kering dan
panas mirip angin Santa Ana di selatan California bertiup ke kawasan utara
California ke arah Pasifik.
“Trump sebelum ini menganggap Perjanjian Iklim Paris
tidak membawa sebarang manfaat kepada AS.
“Tengok sekarang, apa sudah jadi? Saya fikir Trump
tidak takut pada Tuhan..tak takut balasan Tuhan,” ujar Brown.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada Jun lalu, Trump membuat kejutan apabila membuat
keputusan meninggalkan perjanjian iklim Paris, yang turut disertai 195 negara
lain di dunia.
Untuk rekod, AS tidak pernah menerima pakai perjanjian iklim
sebelum ini, termasuk Protokol Kyoto 1997, yang dilihat menjejaskan kredibiliti
dan kuasanya mengawal pelepasan karbon.
– 60 Minutes

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel