Connect with us

Berita Lain

Hina Nabi: Suri Rumah Kena Jel 6 Bulan, Denda RM15,000



IPOH: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam bulan
dan denda keseluruhan RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas
didapati bersalah atas tiga pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghina Nabi
Muhammad SAW pada Mei tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md Sah membuat keputusan itu selepas
meneliti semua keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam
kes berkenaan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan
munasabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tham Yut Mooi, 46, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam
5.30 petang pada 4 Mei tahun lalu di dalam ruang solat Masjid Abu Ubaidah,
Jalan Perpaduan di Taman Perpaduan Ulu Kinta di sini.
Dia dituduh mengeluarkan kata-kata ‘Nabi Muhammad babi’ yang
didengar oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53; Mohd Yunos Harun,
73 dan Mohd Halim Buyong, 44, yang dilakukan dengan niat untuk melukakan
perasaan keagamaan individu berkenaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit
kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun, atau didenda atau
kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab
manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.
Terdahulu, Fadhli memohon kepada mahkamah supaya mengenakan
hukuman yang setimpal terhadap tertuduh kerana ia kesalahan yang serius,
membabitkan sensitiviti agama, kepentingan awam dan tidak seharusnya dilakukan
oleh sesiapa pun.
Katanya, perkataan menghina itu tidak seharusnya dikeluarkan
di hadapan masyarakat Islam malah di hadapan penganut agama lain sekalipun
kerana sebagai rakyat Malaysia setiap agama mesti menghormati antara satu sama
lain.
Sementara itu peguam tertuduh memohon kepada mahkamah
memberikan hukuman yang ringan kerana tertuduh mempunyai dua anak dan ibu bapa
yang perlu dijaga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan hukuman terhadap tertuduh
dijalankan serentak dari tarikh sabitan malah tertuduh berdepan hukuman penjara
tambahan selama tiga bulan bagi setiap kesalahan jika gagal membayar denda
ditetapkan.
Mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman penjara
ditangguhkan sehingga tempoh rayuan kes berkenaan selesai dengan syarat
tambahan perlu membayar jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta
pasport diserahkan kepada mahkamah.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel