Connect with us

Berita Lain

Jamal Patut Dikena Tindakan Undang-Undang

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos – Foto: The Star

SHAH ALAM – Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md
Yunos perlu dikenakan tindakan Undang- undang Malaysia Akta 574, kata Exco
Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.
Katanya, Jamal telah membuat kenyataan yang mendatangkan
khianat awam ke atas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya,
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurutnya, Jamal sengaja mengaibkan kehormatan Mahathir
dengan membuat laporan polis ke atas tindakan penyerahan pingat kebesaran
kepada pihak istana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami ingin mengambil kesempatan untuk ‘mendidik’
tindakan Jamal  membuat suatu laporan
polis terhadap Mahathir dan Siti Hasmah Mohamad Ali kerana memulangkan darjah
kebesaran kepada pihak istana.
“Tindakan Mahathir dan Siti Hasmah tidak bercanggah
dengan kebebasan asasi seseorang individu sepertimana yang termaktub dalam
Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehari selepas melabelkan Mahathir sebagai kebudak-budakan
kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor,  Jamal dilaporkan cuba menyekolahkan bekas
perdana menteri itu.
Dengan membawa buku sekolah, pemimpin akar umbi Umno itu
menyarankan Mahathir dan Siti Hasmah kembali ke darjah satu dan mempelajari
Rukun Negara sekali lagi.
“Mungkin (Mahathir) dah lupa, mungkin terlalu tua,
ketiga-tiga mereka ini pun dah terlalu tua dan terlupa erti Rukun Negara,”
katanya kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi petang ini.
Beliau sebelum itu membuat laporan polis terhadap Mahathir,
Siti Hasmah dan bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah,
tindakan Mahathir memulangkan pingatnya itu sebenarnya adalah sebagai tanda
“bantahan” terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Apabila menerima teguran dari Sultan Selangor, beliau cuba
memperlekehkan atau buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban yang kita dari kecil
lagi diajar tentang Rukun Negara,” katanya merujuk kepada rukun kedua iaitu
“Kesetiaan kepada raja dan negara”.
Mahathir dan Siti Hasmal mengembalikan  pingat serta anugerah berkenaan kepada pihak
istana pada 7 Disember lalu.
Sementara itu, Mohd Ashraf berkata, Jamal  seolah-olah cuba menjadi penghasut atau
pengadu domba dengan melaga-lagakan pihak istana dan pemimpin tersohor negara
serta memberi gambaran tidak benar tentang situasi yang berpunca daripada salah
faham antara dua pemimpin tanah air.
“Tindakan tidak bertanggungjawab oleh Jamal membuka
ruang kepada pertelingkahan sia-sia antara rakyat lantas mengganggu gugat
keharmonian negara khususnya Selangor.

Advertisement
“Malah tindakannya mempersoalkan kebebasan hak asasi
juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara Ketiga iaitu Keluhuran
Perlembagaan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel