Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak 9 Tahun Diliwat Sehingga Mati


MESUJI, INDONESIA – Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang
dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini, ditemui mati tergantung di
pelepah pokok sawit.
Mangsa, Yoga Adi Pratama, 9, sebelum itu dikatakan telah
keluar pada lewat malam, Khamis. Bimbang mangsa masih belum pulang ke rumah,
neneknya membuat laporan polis, lapor Jambi Tribune News.
Susulan itu, penduduk kampung menubuhkan gerakan mencari
mangsa pada Jumaat lalu dan menemui mayat Yoga pada jam 8 pagi dalam keadaan
tidak berbaju dan tersandar di pokok sawit di ladang sawit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada awalnya, mangsa dipercayai membunuh diri. Bagaimanapun
siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur
mangsa, dipercayai telah diliwat sebelum dibunuh.

Selain itu, kesan lebam turut ditemui pada belakang kepala
yang mungkin dipukul dengan objek tumpul. Kesan lebam di bahagian leher juga
jelas kelihatan akibat dicekik suspek.
“Dubur mangsa yang berdarah, dipenuhi dengan air mani.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen,” kata
sumber.
Menurut saksi, dia melihat mangsa yang menunggang motosikal
Honda Beat berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berhenti di depan sebuah
rumah tidak jauh dari kediaman mangsa.
“Pada waktu itu, saksi ternampak mangsa diekori dua
lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal lain, menghala ke Desa Adi Luhur.
Ekoran itu, polis telah menyerbu rumah suspek, Kriswanto,
18, yang tinggal berhampiran kawasan kejadian. Namun, suspek telah melarikan
diri sejauh 2 kilometer sebelum berjaya ditangkap.
Soal siasat suspek mendapati, mangsa dibunuh oleh tiga
orang. Mangsa juga telah diliwat secara bergilir-gilir sehingga mati. Selesai
memuaskan nafsu masing-masing, mereka menggantung mayat mangsa di pelepah sawit
agar kelihatan seperti membunuh diri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jelas suspek itu lagi, ketika kejadian itu berlaku dua
suspek lain memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi menjerut leher mangsa
menggunakan kain dari belakang sambil meliwatnya.

Advertisement
“Suspek mengakui, motif pembunuhan adalah kerana
cemburu dan ingin memiliki motosikal baru, Honda Beat, yang dimiliki mangsa.
Dua lagi suspek yang terlibat, masih dalam buruan polis,” kata sumber. –
PIXEL MEDIA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel