Connect with us

Berita Lain

Mohamad Fuzi Reda Pemergian Isteri


SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
mengakui agak berat untuk menerima situasi pemergian isterinya, Allahyarhamah
Puan Sri Azizah Hamdi.
Menurutnya, walaupun agak berat untuk menerima pemergian
Allahyarhamah, namun beliau dan keluarga tetap reda.
“Saya akui memang agak berat menerima situasi ini,
namun saya dan keluarga reda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sepanjang melalui rawatan kanser sejak 2002, dalam
tempoh panjang itu arwah isteri memang seorang wanita dan ibu yang cukup
kental.
“Selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa ke Ipoh
untuk dikebumikan seperti permintaan arwah sendiri yang mahu disemadikan
bersebelahan kubur anak lelaki tunggal yang meninggal pada 2007,” katanya.
Mohamad Fuzi berkata demikian ketika ucapan ringkas selepas
jenazah disembahyang di Surau Khalid Al-Walid, sebentar tadi, lapor Sinar Online.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang hadir dan memberikan ucapan takziah dalam situasi berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Terima kasih kepada semua yang memberikan semangat dan
menzahirkan takziah khususnya kepada semua anggota polis dan juga Persatuan
Keluarga Polis (Perkep) Malaysia,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel