Connect with us

Berita Lain

Anak Jadi Model, Azmil Mustapha Jawab Hidayah Itu Milik ALLAH


RAMAI yang mengetahui salah seorang anak perempuan pelakon
Azmil Mustapha merupakan seorang model.
Pelakon yang popular dengan filem seperti Mekanik dan Ali
Setan ini kini merupakan seorang guru agama bagaimanapun tidak mudah ‘melatah’
apabila soalan mengenai anaknya itu diajukan.
“Benar, dia seorang model. Sekarang pun masih ‘shooting’
lagi. Bukan saja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya
hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT,” katanya semasa menjadi tetamu
dalam sesi temubual secara langsung di Facebook Sinar Harian, hari ini.
Katanya lagi, sebagai ayah, Azmil tidak pernah menghalang
apa juga kerjaya pilihan anaknya, lapor Sinar Online.
“Anak saya muda lagi, minat ke arah itu… jadi kita ok
sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidang ini juga.
“Tak apalah, doa yang baik-baik saja,” katanya yang baru
menimang cucu keempatnya baru-baru ini.
Ayah kepada lima anak hasil dua perkahwinannya sebelum ini
pernah membawa tiga daripadanya untuk sama-sama belajar al-Quran di Syria.
“Alhamdulillah, sepanjang di sana, mereka dapat belajar
dengan cepat dan bila baca al-Quran, mereka faham.
“Tak seperti sesetengah orang yang baca tapi tak faham.
Betul, baca pun dah dapat pahala, tetapi ibarat beginilah, kalau baca
pahalanya, lima, kalau baca dan faham pahala 15, baca dan amal pahalanya 30,
baca, amal dan mengislamkan satu orang, 50, baca, faham dan Islamkan satu
dunia, pahalanya 100.
“Takkan kita berpuas hati dengan lima itu sahaja sedangkan
kita boleh dapat lebih daripada itu?,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Azmil kini dalam perancangan akan membuka
pusat tahfiznya sendiri pada tahun hadapan.
“InsyaAllah, ia akan dibuka di Kenaboi, Negeri Sembilan.
Saya akan fokus kepada pengajian al-Quran dalam bahasa Arab.
“Kalau bahasa Arab ditanam sejak kecil, insya-ALLAH tidak akan
ada masalah apabila besar nanti.
“Inilah masalah kerajaan Malaysia yang tak ada bahasa Arab
sejak kecil,” katanya lagi.



Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel