Sunday, November 16, 2025

Projek Disokong China Itu Pelaburan Atau Pinjaman?

December 17, 2017
1 min read
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin – Foto: The Malay Mail



Sejumlah projek yang mendapat sokongan Beijing mungkin
menjadi bukti kepada Putrajaya bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak
memiliki kuasa tarikan pelaburan asing yang berkesan.

Namun tanggapan itu tidak dikongsi bekas menteri kewangan
Tun Daim Zainuddin.
Ditanya mengenai pelaburan China untuk projek Rangkaian
Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Daim sebaliknya menyoal sama ada kerajaan perlu
membuat bayaran semula kepada pembiayanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau bayar semula duit, maknanya apa? Kalau kamu
seorang pelabur kamu akan kata apa?
“Itu bukan pelaburan, itu pinjaman,” katanya
mengenai projek yang dibangunkan kontraktor melalui pembiayai Export-Import
Bank of China (Exim Bank).
Daim ditemui media selepas menghadiri sesi dialog tertutup
anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Subang Jaya, Selangor hari ini.
Beliau sebelum itu ditanya sama ada perlu wujud kebimbangan
terhadap pelaburan yang dibawa China di Malaysia.
Selain ECRL, satu lagi projek yang mendapat pembabitan
meluas Beijing ialah projek pembangunan petempatan mega Forest City di Johor
Bahru.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu Daim berkata beliau percaya rakyat Malaysia perlu
bersatu untuk mencipta suasana lebih kondusif buat pelaburan asing sekali gus
mengembangkan ekonomi negara.
“Saya baca beberapa laporan mengatakan ramai lepasan
universiti sekarang ada masalah mendapatkan pekerjaan.
“Justeru kerajaan mesti memastikan hal ini ditangani
segera,” katanya.
Bulan lalu Kementerian Kewangan melalui jawapan di Dewan
Rakyat memberitahu kos menyiapkan ECRL kekal pada RM55 bilion dan 85 peratus
daripadanya dibiayai melalui pinjaman mudah dijamin kerajaan daripada Exim
Bank.



Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti