Connect with us

Berita Lain

ECRL Patut Zaman Tun M, Tun Daim Bukan Sekarang


SHAH ALAM – Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) seharusnya
dilakukan sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan berkata, rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang berhak menerima layanan
dan peluang lebih baik.
“Projek ECRL ini yang diunjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak sebenarnya adalah sebagai pengubah ekonomi yang sudah
terlewat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia akan menyediakan satu jalinan penghubung antara
pelabuhan pantai timur dan barat serta menyediakan rangkaian keretapi selamat
bagi mengangkut berjuta penumpang.
“Projek ini akan menjana ekonomi negeri pantai timur secara
signifikan pada masa akan datang,” katanya dalam satyu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rakyat pantai taimur seharusnya menerima
kemudahan ini sudah lama lagi dan jika ia tidak dilaksana sekarang, kosnya akan
terus meningkat.
“Projek utama ini seharusnya dilakukan ketika era Mahathir
ketika perunding yang dilantik pada masa itu mengunjurkan kosnya adalah lebih
rendah.
“Malangnya, Mahathir memilih untuk membina projek mega lain
berbanding rangkaian keretapi yang dapat memberi peningkatan kepada ekonomi
pantai timur,” katanya.
Jelasnya, jika kerajaan hari ini melengahkan projek ini
sebagaimana tindakan Mahathir, kosnya akan melonjak lebih tinggi pada masa akan
datang.
“Pada masa projek ECRL ini akan bermula, ia tidak sepatutnya
dilengahkan atau lebih teruk lagi, dipolitikkan.
“Saya yakin Tun Daim Zainuddin sebagai bekas Menteri
Kewangan berpengalaman di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad akan faham mengapa
kerajaan hari ini memilih untuk strukturkan ECRL sebagai pelaburan domestik dengan
pembiayaan asing,” katanya.
beliau berkata, pada masa ini kerajaan amat jelas melalui
pelbagai jawapan di Parlimen dan kenyataan mengenai ECRL yang projek ini adalah
pelaburan domestik dibiayai pinjaman mudah dari China dengan kadar faedah lebih
memihak kepada Malaysia, yang lebih rendah dari kos dibiayai kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita belajar daripada kesilapan lalu di mana kerajaan
pimpinan Dr Mahathir dan Tun Daim telah meminjam dengan banyak dari Jepun dan
terpaksa membayar berganda apabila nilai Yen meningkat tinggi berbanding
Ringgit manakala kerajaan hari ini sudah memastikan pinjaman mudah dari China
turut dilengkapi mekanisme meringankan risiko tukaran matawang.
“Sama ada distrukturkan sebagai pelaburan terus asing atau
pelaburan domestik dengan pinjaman asing, objektif projek ECRL adalah bagi
menjana aktiviti ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan jalinan pengangkutan
kritikal antara pantai timur dengan pantai barat semenanjung bagi mengatasi
keasingan ekonomi, dan ia masih lagi boleh dicapai,” ujarnya.
Pada masa sama, Abdul Rahman berkata, perbezaan utama adalah
jika ECRL adalah pelaburan terus asing maka ia pihak asing akan memilik dan
mengendalikan rangkaian keretapi ini.
“Memandangkan rangkaian keretapi ini akan menyusuri
semenanjung, kerajaan telah membuat keputusan bahawa pemilikan dan operasinya
mesti dimilik negara bersandarkan kepada faktor keselamatan negara dan
strategik ekonomi.
“ECRL dimiliki dan dikendalikan oleh anak syarikat milik
penuh Kementerian Kewangan yang kemudiannya akan membayar semula pinjaman mudah
apabila rangkaian ini mula beroperasi.
“Jika projek ini adalah pelaburan terus asing, pemilik asing
akan memindahkan semula keuntungan dari operasinya ke negara mereka,” katanya.

Advertisement
Katanya lagi, pembiayaan asing bagi projek pelaburan
domestik bukan konsep baharu di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel