Connect with us

Berita Lain

Kejatuhan Rizab BNM Sebab Aliran Keluar Dana


KUALA LUMPUR – Dakwaan kerugian AS$39.6 bilion (US$1=
RM4.07) antara 2013 dan 2015 sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan
penurunan dalam rizab antarabangsa akibat aliran keluar dana asing dan bukan
kerugian disebabkan dagangan pertukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia
(BNM), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, ini bertentangan dengan tuduhan yang dibuat
oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu siaran video di
laman web video popular.
“Aliran keluar ini disebabkan kebimbangan terhadap prospek
pertumbuhan global yang lemah, jangkaan dasar normalisasi monetari Amerika
Syarikat dan penurunan mendadak harga minyak global,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, semua faktor luaran ini telah mendorong
pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka di pasaran saham dan bon
Malaysia, yang membawa kepada permintaan yang lebih besar terhadap dolar AS
berbanding ringgit apabila pelabur asing menukarkan dana sedemikian ke dalam
dolar AS dan menghantar semula jumlah yang sama ke negara masing-masing.
“Sepanjang tempoh ini, BNM menyediakan kecairan dolar AS
kepada pelabur asing sebagai pertukaran kepada ringgit dan ini tentunya berbeza
dengan aktiviti perdagangan pertukaran wang asing yang dilakukan pada awal
1990-an,” katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan
sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul seperti
Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan, dan
Taiwan.
Sambil memuji sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM,
Johari berkata, pada pandangannya, ia telah berjalan dengan baik dan pasaran
kewangan teratur dan stabil walaupun aliran keluar modal yang besar.
“Berikutan asas ekonomi kita yang kukuh, penurunan rizab
dalam tempoh 2013-2015 tidak memberi kesan penting terhadap fungsi ekonomi
Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat,” katanya.
Johari berkata, BNM sebenarnya terus mencatat keuntungan
bersih yang sihat sepanjang tempoh itu, tidak seperti pada 1993 apabila
kerugian operasi bersih dicatatkan disebabkan aktiviti perdagangan pertukaran
wang asing spekulatif.
“Saya perlu menekankan bahawa rizab antarabangsa kekal
sebagai penampan penting terhadap kejutan luar dan penting dalam mengekalkan
persekitaran operasi yang stabil dalam ekonomi domestik. Sejak itu, rizab
antarabangsa Malaysia telah meningkat,” katanya.
Beliau berkata, pada akhir November 2017, rizab antarabangsa
negara berjumlah AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import
tertangguh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jumlah rizab semasa adalah lima kali lebih besar daripada
US$21.7 bilion yang dicatatkan pada 1997 yang hanya boleh menyokong 3.4 bulan
import tertangguh,” katanya.
Johari juga mengutuk sindiran yang dibuat dalam video
tersebut bahawa BNM telah lalai dalam menguruskan rizab antarabangsa semasa
tempoh 2013-2015, menggambarkannya sebagai bukan sahaja melulu tetapi juga
cubaan untuk melemahkan mandat institusinya untuk menjaga kestabilan ekonomi
dan kewangan negara dengan mewujudkan keraguan dan salah tanggapan di kalangan
masyarakat umum.
Muslihat seperti itu berpotensi untuk terus memecah-belahkan
kita,. Demi kepentingan semua rakyat Malaysia, adalah lebih baik kita
bekerjasama untuk menghasilkan ekonomi yang mantap dan mampan bagi kepentingan
generasi masa depan kita,” tambahnya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel