Connect with us

Berita Lain

PM Najib Yakin Kukuhkan Hubungan Malaysia-India


NEW DELHI — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yakin lawatan kerja dua hari ke India kali akan membawa hubungan ASEAN-India
dan Malaysia-India ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau yang kini berada di ibu negara India bagi menghadiri
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India berkata banyak perkara yang akan
dibincangkan dan diketengahkan pada sidang kemuncak kali ini.
“Antaranya melibatkan pelaburan, kesalinghubungan,
keselamatan dan pertimbangan geopolitik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika sekiranya lawatan saya yang lalu telah menghasilkan
komitmen pelaburan berjumlah RM158 billion pada jangka masa panjang, saya yakin
lawatan kali ini akan membawa hubungan ASEAN-India dan Malaysia-India ke tahap
yang lebih tinggi,” katanya dalam video singkat yang dimuat naik di laman
sosial Facebook miliknya, hari ini.
Najib berkata walaupun mempunyai jadual padat sepanjang
lawatan ini, beliau yakin semua yang dirancang akan berjalan lancar.
Ini merupakan kunjungan keempat Najib ke India selepas memegang
jawatan Perdana Menteri pada 2009, dengan yang terakhir kurang setahun lepas
apabila beliau mengadakan lawatan rasmi dari 30 Mac hingga 4 April yang membawa
beliau ke Chennai, Jaipur dan New Delhi.
Kunjungan itu juga adalah atas jemputan rakan sejawatannya
Narendra Modi.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India diadakan sempena
sambutan ulang tahun ke-25 hubungan dialog blok berkenaan dengan negara itu.
Selain Najib, kesemua sembilan pemimpin negara anggota ASEAN
–Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina, Brunei. Laos dan
Kemboja turut hadir menjayakan sidang kemuncak dan turut dijadual menghadiri
perarakan Hari Republik India ke-69 sebagai tetamu kehormat pada Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel