Connect with us

Berita Lain

Bekas Doktor Gimnas AS Dijel 175 Tahun Kes Penderaan Seksual


BEKAS doktor gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar
dihukum penjara 175 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual
ke atas ramai atlet wanita di bawah rawatan perubatannya.

“Saya baru menandatangani wasiat kematian anda,” kata Hakim
Rosemarie Aquilina ketika menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada
Nassar yang berusia 54 tahun itu.
“Anda tidak sepatutnya berada di luar penjara sekali lagi,”
kata hakim itu dengan Nassar memakai baju berwarna biru, berdiri tanpa sebarang
perasaan sambil diapit oleh dua peguam bela.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Anda seorang yang bahaya, anda akan terus menjadi
berbahaya,” kata Aquilina.
“Di mana saja anda berjalan, akan membahayakan mereka yang
lemah.”
Nassar memohon maaf kepada mangsanya termasuk gimnas yang
memenangi pingat emas Olimpik, Simone Biles selain Aly Raisman, Gabby Douglas
dan McKayla Maroney serta beberapa atlet wanita di Universiti Michigan, tempat
dia bekerja.
“Apa yang saya rasa adalah lebih baik berbanding dengan
kesakitan, trauma dan gangguan emosi yang anda rasa,” kata Nassar.
“Tiada perkataan untuk menggambarkan bagaimana saya menyesal
dengan apa yang sudah berlaku,” katanya. 




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



 – AFP/BH ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel