Connect with us

Berita Lain

Hisham Masih Ingat Dr M Halang Duta Asing Temui Kabinet


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengecam tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengetuai pertemuan Pakatan
Harapan (PH) dengan duta negara Kesatuan Eropah (EU) di Kuala Lumpur, Khamis
lalu.
Beliau berkata tindakan bekas perdana menteri itu disifatkan
sebagai tidak berpegang kepada prinsipnya yang sebelum ini tidak membenarkan
pertemuan antara pembangkang dan duta asing di negara ini semasa pentadbirannya
selama 22 tahun.
“Saya ingat lagi walaupun tidak ada pertimbangan politik,
nak bincangkan pasal hubungan dua hala oleh pihak pembangkang dengan duta asing
pun, dia marah betul.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi, sekarang ini dia (Dr Mahathir) pula buat. Cakap
tidak serupa bikin,” katanya mengulas tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) itu menggesa duta EU supaya memberikan tekanan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU) secara bebas dan adil.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan merangkap Menteri
Tugas-Tugas Khas, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis
Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Fasa 5 SAKJ Taman Sri
Lambak dan SAKJ Paloh 2, di Paloh, hari ini.
Beliau, yang menjadi Menteri Belia dan Sukan di bawah
Kabinet Dr Mahathir dari 1999 hingga bekas perdana menteri itu meletak jawatan
pada 2003, mendakwa selain pembangkang, duta asing juga disekat daripada
bertemu dengan menteri kabinet untuk bincang isu dua hala.
“Walaupun sudah diperjelaskan tidak ada topik perbincangan
politik tetapi tetap dihalang,” katanya.
Dalam pertemuan selama dua jam itu, EU disertai 14 duta dan
tiga Kuasa Usaha Tetap di kediaman Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria
Castillo Fernandez.
Dalam pertemuan itu, PH juga menggesa negara-negara Eropah
memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau
pilihan raya antarabangsa untuk PRU14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel