Connect with us

Berita Lain

Berkongsi Ada Hadnya, Tidak Semua Benda Boleh Dikongsi-Jailani


KUALA BERANG –“Berkongsi ada hadnya, tidak semua
perkara boleh kita boleh kongsi,” kataTimbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.
Beliau berkata demikian bagi menegur sikap pengguna internet
(netizen) yang gemar mendedahkan identiti di media sosial hingga mampu menjadi
penyumbang kepada berlakunya jenayah siber dan rompakan seperti mana kejadian
rompakan di Rantau Panjang, Kelantan dua hari lepas.
“Kita mempunyai niat sekadar untuk berkongsi gambar
kenang-kenangan contohnya gambar hari jadi dengan keluarga kita…tetapi
apabila kita tayang dalam media sosial, ia akan membuatkan orang lain mengenali
kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Implikasi kita tidak pasti sama ada baik atau buruk tetapi
ia akan mendedahkan diri kita kepada mereka di luar sana dan mungkin akan
menyumbang kepada kes-kes penculikan. Sebagai contoh semalam artikel ada
dikeluarkan di sebuah portal atas talian iaitu ‘Kerap tayang kemewahan
menyebabkan dia hampir hilang nyawa’…ini salah siapa? Salah dia atau salah
orang lain,” katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media
selepas merasmikan Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa Pusat Internet
1Malaysia (PI1M) di sini, hari ini.
Menurut laporan akhbar tempatan, seorang peniaga dalam
talian di Kelantan parah, selepas ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya.
Mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual
kosmetik, barang kemas dan pakaian, selain aktif membuat siaran langsung di
laman sosial, Facebook sambil menayangkan wang tunai yang banyak.
Selain itu, Johari yang juga Anggota Parlimen Hulu
Terengganu itu, penggunaan kad debit secara kerap untuk pembelian dalam talian
untuk pembelian turut menjadi punca kepada pendedahan data seseorang.
“Lebih selamat kalau kita guna kad kredit daripada kad
debit . Kerana melalui debit ia boleh dedahkan banyak perihal kita.
Orang di luar sana banyak mencari peluang…bersifat kedekut
sedikit untuk mengisi data terutamanya bila isi sesuatu borang yang memerlukan
kita isi pengenalan diri. Jangan isi semua,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel