Connect with us

Berita Lain

Malaysia Tidak Bankrap, Rizab Kini Lebih Tinggi – PM


KUALA LUMPUR – Perdana menteri hari ini mengulangi bahawa
negara tidak bankrap, memandangkan kerajaan berjaya mengurangkan hutangnya
kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan
rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruktur yang berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat
keputusan yang berani seperti melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bagi menjana ekonomi, termasuk 2.26 juta pekerjaan yang diwujudkan, dengan
purata pendapatan meningkat antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus setahun.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita sendiri menetapkan had 55 peratus daripada KDNK, dan
telah menurunkannya kepada 50.4 peratus.
“Semasa Krisis Kewangan Asia, rizab negara susut kepada
US$20 bilion, kita tak pun bankrap. Kini rizab kita US$124 bilion Macamana nak
kata kita bankrap?” katanya pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat, di sini.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia telah
mencapai pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia, sebanyak 5.9 peratus pada
2017, serta kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.
“Ini gambaran yang besar. Pencapaian kita ini dapat ulasan
yang sangat baik daripada organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan
Perdagangan Dunia yang memuji Malaysia memandangkan ekonomi kita bergerak ke
arah yang betul, dan dasar kita menunjukkan hasil positif termasuk beberapa
langkah yang telah kita ambil,” katanya. – BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel