Connect with us

Berita Lain

Robert Kuok Berjaya Sebab Dasar Kerajaan

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok tidak akan menjadi
individu terkaya di Malaysia tanpa bantuan daripada kerajaan walaupun beliau
mempunyai hak peribadi dan rajin bekerja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Najib berkata, Kuok mendapat peluang dan ruang yang luas
untuk memonopoli perniagaan beras dan gula pada suatu ketika dahulu hasil
daripada pimpinan kerajaan yang wujud sehingga hari ini.
Malah, katanya, walaupun rajin, berdisiplin dan tekun
bekerja, bantuan kerajaan tetap menjadi anak kunci yang membuka peluang kepada
kejayaan tersebut.
“Kita tengok nama-nama orang yang terkaya di Malaysia.
Mungkin kita boleh sebut Tan Sri Robert Kuok. Siapa yang bagi anak kunci? Dia
mendapat monopoli beras dan gula seketika dahulu yang diberikan kerajaan
pimpinan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ya dia ada hak. Ya, dia rajin, dia tekun dan dia
ber­disiplin, tetapi kalau itu sahaja tuan-tuan dan puan-puan, tidak cukup.
Mana-mana individu memerlukan anak kunci dan anak kunci itulah yang kita harap
melalui dasar-dasar kerajaan untuk membuka pe­luang dan ruang mereka untuk
lebih maju,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis
perasmian program Temu Duga Terbuka SL1M 2018 Pe­ringkat Zon Tengah di Dewan D,
Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, semalam.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdul Rahman Dah­lan; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot
serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Baru-baru ini, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin
dalam portalnya, www.malaysia-today.net mendakwa Kuok mempunyai agenda untuk
menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi memboleh­kan kaum
Cina menjadi pemerintah di negara ini.
Raja Petra mendakwa, bagi merealisasikan impian tersebut,
Kuok dikatakan amat menginginkan gelombang pe­rubahan dalam kalangan orang
Melayu.
Dakwa Raja Petra lagi, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dilancarkan pada 1970, Kuok dikatakan secara terbuka menyatakan pendiriannya
iaitu tidak menyukai langkah tersebut kepada pemimpin UMNO seperti yang
dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times pada 4
Disember 2017.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib menambah, sesuatu kejayaan akan dicapai oleh individu
apabila mendapat anak kunci yang membuka pintu kepada kehidupannya.
“Mengikut pengalaman saya, dalam kehidupan seseorang
manusia, sama ada dia seorang yang serba sederhana mahupun tersenarai dalam
orang terkaya di Malaysia, apa persamaannya? Terma­suk juga kepada orang
politik, apa persamaannya? Persamaannya adalah mendapat anak kunci atau
bantuan,” ujarnya.
Katanya, anak kunci itulah yang dianggap akan membuka
peluang kepada generasi muda seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang
diper­kenalkan sejak 2011.
– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel