Connect with us

Berita Lain

Najib Hadir Perjumpaan Tertutup BN Negeri Sembilan


PORT DICKSON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional
(BN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Perjumpaan turut dihadiri Pengerusi BN negeri yang juga
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri King
Lim Chin Fui, Pengerusi MIC Negeri Datuk L. Manickam, Pengerusi Gerakan Negeri Datuk
David Chong Vee Hing, Pengerusi Makkal Sakti Negeri Datuk K. Saravanan dan
Pengerusi MyPPP Negeri Suhul Hammed Shaik Mohaideen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam pertemuan hampir satu jam itu, Najib menyampaikan
amanat kepada lebih 40 pemimpin BN negeri.
Sementara itu, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Datuk
Hasim Rusdi berkata dalam perjumpaan itu, Najib menasihati pemimpin parti
komponen untuk memastikan kemenangan di kawasan masing-masing terutama kawasan
sasaran iaitu Parlimen Teluk Kemang dan Seremban, selain lima Dewan Undangan
Negeri iaitu Sikamat, Chennah, Repah, Port Dickson dan Temiang.
“Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa
memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sampai ada
pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel