Connect with us

Berita Lain

Saya Tidak Perlu Minta Maaf – Najib


KUALA LUMPUR: Komuniti perniagaan China adalah antara rakan
dalam memacu pembangunan Malaysia berpendapatan tinggi dan berkemahiran, kata
Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri ketika menzahirkan pendirian itu menegaskan:
“Saya tidak perlu minta maaf apabila berkata sedemikian.”
Katanya, dakyah dijaja bekas pemimpin Malaysia, kononnya
kedaulatan negara dijual kepada China susulan lonjakan pelaburan daripada
republik itu disifatkan sekadar pemikiran ‘buta’ ekonomi.
“Setiap kali kadar pelaburan dari China meningkat,
beliau (bekas pemimpin Malaysia) tuduh kerajaan menjual kedaulatan kepada
China.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement
“Jika itu logik pemikirannya, adakah kita menjual
kedaulatan negara kepada Jepun ketika beliau menerajui tampuk kuasa.
“Secara kebetulan, kadar pelaburan dari Jepun adalah
lebih tinggi berbanding China dan Hong Kong dalam jangka panjang, tetapi setahu
saya, kita masih negara berdaulat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena
majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Lunar serta Kerjasama Bilateral
Malaysia-China, di ibu negara, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan
Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting.
Najib berkata, pelaburan Malaysia ke China sebelum ini
pernah melangkaui kadar pelaburan republik berkenaan ke negara ini, namun tidak
mencerminkan ia gerakan membeli kedaulatan China.
“Sesiapa yang mempunyai logik seperti ini (Malaysia
menjual kedaulatan kepada China) tidak mempunyai pengetahuan mengenai fungsi
ekonomi.
“Tindakan sedemikian hanya sekadar penyebaran dakyah
demi meraih kepentingan politik.
“Kita membuka pintu seluasnya untuk pelaburan daripada
China, Jepun, India, Arab Saudi atau mana-mana negara yang mempunyai hubungan
rapat.
“Dasar terbuka ini dicerminkan menerusi penubuhan
pelbagai syarikat multinasional dan pemindahan pejabatnya ke Kuala
Lumpur,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain China, Jepun, Amerika dan Perancis, Najib yang juga
Menteri Kewangan berkata, firma dari Switzerland mengumumkan pelaburan RM12
bilion dalam membangunkan loji baharu di Pahang.
Katanya, dasar perniagaan dan pelaburan terbuka Malaysia
selama ini menjana pelbagai kesan limpahan, termasuk kejayaan kerajaan
mewujudkan 2.26 juta pekerjaan sejak 2009, kadar inflasi, pengangguran yang
rendah serta keutuhan pertumbuhan ekonomi.
“Ini antara sebab mengapa kita menerima pelbagai
pengiktirafan daripada institusi terkemuka dunia di peringkat global seperti
Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.
Najib berkata, keputusan untuk memutuskan kerjasama
strategik Malaysia – China yang dirintis bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein, pada 1974 sehingga melakar sejarah negara ASEAN pertama menjalin
hubungan diplomatik dengan republik itu, hanya bakal mengundang kerugian.
Beliau menyifatkan, keputusan memeterai kerjasama strategik
dengan China yang membawa kepada hubungan rapat kedua-dua negara sebaliknya
tindakan tepat.
– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel