Connect with us

Berita Lain

PM Umum Projek Infrarakyat Termasuk Loji Tingkatkan Pembekalan Air Bersih


KANGAR: Kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini
membawa khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan beberapa projek infrarakyat
termasuk pembinaan sebuah loji rawatan air di Tasoh bernilai RM41.4 juta bagi
meningkatkan keupayaan pembekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.
Perdana Menteri berkata, pada masa sama, kerajaan menerusi
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) turut mengumumkan
peruntukan sebanyak RM50.5 juta untuk pemasangan meter baharu, pembaikan tangki
air dan penyediaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi mengatasi isu kadar air
tidak berhasil (NRW).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau menambah, kerajaan juga mengumumkan pembinaan sebuah
pintu kawalan air di Sungai Perlis yang bernilai RM50 juta serta pembinaan
sebanyak 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Besar, 400 unit PPR
di Arau dan 500 unit PPR di Kangar.
Tambahnya, selain itu ialah pembinaan Terminal Pengangkutan
Bersepadu di Seriab serta premis perniagaan Plazaria Padang Besar dan Bazaria
di Kangar.
“Pembinaan loji rawatan air di Tasoh, projek menangani NRW,
pembinaan PPR di Padang Besar dan Arau telah pun diluluskan KeTTHA dan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Begitu juga pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di
Seriab dan Plazaria Padang Besar yang sudah diluluskan oleh Unit Perancang
Ekonomi (EPU).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Manakala pembinaan PPR dan Bazaria di Kangar serta pintu
kawalan air baru sahaja diluluskan,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat
Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.
– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel