Connect with us

Berita Lain

Mahathir Ada Kuasa ‘Nujum’


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr
Mahathir Mohamad seolah-olah mempunyai kuasa ‘nujum’ apabila dapat membayangkan
kekalahan teruk beliau bersama konco-konco pembangkang lain pada Pilihan Raya
Umum ke-14.
Ini berikutan tindakan pantas beliau membuat pendedahan
kepada penyokong serta memanipulasi fikiran rakyat ‘mencipta’ alasan kononnya
PRU kali ini paling kotor dalam sejarah dunia.
Bagaimanapun, menurut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim,
Mahathir adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja demi
memastikan kuasa politik itu terus kekal bersama beliau.
Bekas naib pengerusi DAP itu berkata, Mahathir juga kekal
komited dalam memastikan kelangsungan politk dan masa depan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir sebenarnya terjamin selepas ketiadaan beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sudah tentu segala macam tuduhan serta dakwaan yang
dikeluarkan oleh Mahathir sebenarnya tidak masuk akal, kita juga tertanya-tanya
bagaimana beliau boleh meneka dengan tepat apa yang bakal berlaku pada PRU
kelak.
“Beliau sebenarnya sedang menyiapkan para penyokongnya untuk
berdepan dengan kekalahan teruk pembangkang kerana sokongan ‘besar’ dan
majoriti daripada rakyat sebenarnya tidak wujud seperti yang didakwa.
“Seandainya kalah kelak, senang untuk beliau menuding jari
terhadap sistem pilihan raya kita. Pemikiran rakyat cuba di racun olehnya agar
terus membenci kerajaan kerana manipulasi undi mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media
berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa rakyat Malaysia
bakal menyaksikan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara dan
mungkin di dunia tidak lama lagi.
Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak kini sedang mempersiapkan taktik untuk memastikan Kerajaan Barisan
Nasional (BN) terus mentadbir negara dalam apa jua cara.
Bagaimanapun, Mahathir tidak dapat menunjukkan sebarang
bukti yang secukupnya bagi memperkukuhkan tuduhan tersebut sebaliknya
berkemungkinan besar partinya tidak akan mendapat kelulusan pendaftaran.
Dalam pada itu, Tunku Aziz yang juga merupakan Pengasas
Transparency International Malaysia berkata, Mahathir juga kelihatan begitu
tergesa-gesa bagi memastikan agenda peribadi beliau untuk memastikan Mukhriz di
angkat menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.
“Dengan umur 94, Mahathir jelas kelihatan begitu terdesak
dengan tindak tanduknya sejak akhir-akhir ini yang gemar mengeluarkan dakwaan
tidak benar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau tergesa-gesa untuk memastikan anaknya menjadi
Perdana Menteri seperti beliau satu hari nanti.
“Demi Mukhirz, Mahathir akan berbuat apa sahaja sebenarnya.
Menuduh kerajaan cuba melakukan penipuan pada PRU akan datang bukan sahaja
tidak logik malah satu tindakan terdesak amat sangat,” ujarnya.
Tambah Tunku Aziz, Mahathir akan berbuat apa sahaja termasuk
memporak perandakan keharmonian negara dan fikiran rakyat terus di racun kerana
kemaruk kuasa.
“Tetapi harus di ingat, rakyat kini bukan boleh senang
diperbodohkan. Mereka sebenarnya nampak apa yang pernah dan telah di lakukan
oleh Mahathir sendiri sebelum ini.
“Sehingga kini, jasa serta sumbangan pembangkang
mendahulukan rakyat juga boleh dibilang dengan jari, mereka lebih aktif
membangkang dan menyalahkan segala macam inisiatif baik yang di lakukan oleh
kerajaan,” tegasnya.
– theRakyat

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel