Connect with us

Berita Lain

PM Najib Tetap Dapat Penghormatan Tinggi Di Australia


SYDNEY: Tindakan sesetengah pihak yang mahukan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia tidak diberikan
sambutan istimewa sewaktu Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini
tidak mendapat perhatian kerajaan Australia.
Sebaliknya, Najib diberikan penghormatan istimewa terutama
apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari ASEAN yang dijemput memberi ucapan
pada majlis penutupan Persidangan Pencegahan Keganasan yang merupakan
sebahagian daripada program sidang kemuncak khas itu di Pusat Persidangan
Antarabangsa (ICC) Sydney.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seorang pemimpin lagi yang berucap pada majlis penutup itu
pada Sabtu adalah Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.
“Alhamdulillah, saya dapat penghormatan yang boleh
dikatakan teristimewa. Untuk ucapan (pada majlis penutup persidangan itu), saya
seorang sahaja yang dijemput. Pada majlis makan malam pun saya duduk di sebelah
Perdana Menteri Turnbull.
“Kalau ada pihak cuba supaya saya tidak diberikan
sambutan, nampaknya (permintaan mereka) ditolak dan gagal. Kerajaan Australia
tetap beri penghormatan yang tinggi kepada Kerajaan Malaysia,” kata Najib
kepada media Malaysia di sini, hari ini.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang diadakan
hujung minggu ini diadakan untuk membincangkan hala tuju masa depan dan
kerjasama antara ASEAN dan Australia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, sidang kemuncak khas berkenaan juga diadakan
untuk memperingati peningkatan hubungan ASEAN-Australia ke taraf rakan
strategik.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia melibatkan tiga sesi
iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan
ASEAN-Australia dan Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.
Ini adalah kali pertama Australia menjadi tuan rumah sidang
kemuncak bersama semua pemimpin ASEAN.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel