Connect with us

Berita Lain

Najib Hadiri Sesi Pleno Pemimpin


SYDNEY – AUSTRALIA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menghadiri sesi Pleno Pemimpin , segmen utama Sidang Kemuncak Khas
Asean-Australia  2018 di sini pada Ahad.
Sesi itu yang dihadiri pemimpin daripada 10 negara Asean,
bermula dengan ucapan pembukaan oleh Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull
diikuti ucapan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Singapura ialah pengerusi Asean ketika ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sesi Pleno Pemimpin merupakan acara utama sidang kemuncak
itu.
Ia mengetengahkan pelbagai peluang untuk menjalin kerjasama
lebih rapat dalam bidang kepentingan bersama – daripada membanteras
pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia sehinggalah memperkukuhkan  lagi kerjasama dalam maritim serta menjana
lebih banyak peluang untuk rakyat dan perniagaan.
Ia turut memberi tumpuan pada perdagangan, pembangunan
ekonomi, menangani keganasan dan keselamatan siber.
Selepas sesi pleno itu, pemimpin berkenaan akan menghadiri
jamuan tengah hari sambil menyambung 
perbincangan penting itu.
Kemudiannya, pemimpin berkenaan akan menghadiri Permukiman
Pemimpin yang menggalakkan  perbincangan
berhubung perkara teras dan keutamaan dalam suasana tidak formal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini merupakan julung kalinya Australia menjadi tuan rumah
sidang kemuncak itu.
Persidangan dua hari bermula Sabtu itu dianjurkan untuk
membincangkan hala tuju dan kerjasama antara Asean dan Australia. Ia juga untuk
memperingati peningkatan hubungan Asean-Australia ke taraf  rakan strategik.
Sidang Kemuncak Asean-Australia itu merangkumi  tiga sesi iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin
Asean-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan Asean-Australia dan Persidangan
Pencegahan Keganasan Asean-Australia. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel