Tuesday, December 09, 2025

6 Dihukum Mati, Bunuh Kejam 8 Sekeluarga

March 29, 2018
1 min read

Enam dihukum mati hari ini kerana terbabit dalam insiden
pembunuhan kejam seorang ketua kampung dan tujuh anggota keluarganya.
Antara terbunuh dalam kejadian Julai tahun lalu termasuklah
tiga kanak-kanak perempuan berusia empat hingga 11 tahun disebabkan pertikaian
tanah.
Dalam kes pembunuhan mencetuskan kemarahan orang ramai itu,
sekumpulan lelaki bertopeng serta bersenjata merempuh masuk ke pekarangan kediaman
pemimpin tempatan terbabit, Worayuth Sanlang di Krabi pada Julai 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Kumpulan terbabit mengikat tangan serta menutup mata anggota
keluarganya.


Mereka dijadikan tebusan selama beberapa jam sementara
menunggu Worayuth pulang dan sebaik sahaja beliau tiba di rumahnya, suspek
terus menembaknya dan tujuh anggota keluarganya di bahagian kepala.
Tiga lagi anggota keluarga bagaimanapun terselamat termasuk
seorang wanita berpura-pura mati selepas peluru tersasar berhampiran
telinganya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah berkata, pembunuhan itu timbul akibat pertikaian
tanah antara Worayuth dan ketua kumpulan berkenaan, Surikfat Bannopwongsakul.

Thailand masih melaksanakan hukuman mati namun kali terakhir
banduan dikenakan hukuman itu pada 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian