Connect with us

Berita Lain

Siti Kongsi ‘Rahsia’ Susut 14 Kilogram Lepas Bersalin



AMALAN pemakanan sihat yang diamalkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selepas bersalin membuahkan hasil apabila berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram (kg).

Memetik BH Online, Siti berkata selain daripada faktor pemakanan, keletihan akibat kerap berjaga malam turut menyumbang kepada penurunan berat badannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siti agak teruja dan asyik nak tengok anak selepas menjadi ibu. Siti juga sanggup bersengkang mata semata-mata nak tunggu dia. Kebetulan pula, Aafiyah memang kerap berjaga malam untuk menyusu.
“Apabila terlalu letih, ditambah dengan amalan diet yang ketat dan pemakanan sihat disediakan pihak yang menjaga Siti sepanjang proses berpantang, ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
“Siti pula bukanlah tertekan nak cepat kurus. Cuma, apabila bersalin secara pembedahan, Siti kenalah pulihkan dulu bahagian dalaman sebelum melakukan proses penjagaan ketika berpantang.
“Selepas 17 hari, barulah doktor memberikan lampu hijau untuk menjalani proses bertungku, berurut dan sebagainya,” kata Siti.

Sementara itu, berkongsi mengenai puteri sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, Siti berkata permata hatinya itu tidak banyak meragam dan mudah untuk dijaga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Aafiyah memang tak banyak kerenah. Dia menangis pun apabila lapar susu saja. Selebihnya dia akan tidur.
“Kadang-kadang, lampin basah pun dia tak menangis. Cuma dia suka berjaga malam. Waktu siang, dia akan tidur lama-lama dan apabila malam pula, mulalah dirinya berjaga.
“Siti kenalah layan. Keadaan itu yang membuatkan ada masanya Siti dapat tidur tiga jam saja,” ujar Siti. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel