Connect with us

Berita Lain

2 Hari Dalam Tahanan, Salman Khan Dibebaskan



SETELAH dua hari dalam tahanan polis, Salman Khan telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Jadhpur, India semalam dengan ikat jamin sementara rayuan kesnya dibuat.

Bintang Bollywood itu sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati terlibat dalam pemburuan haiwan antelop daripada spesies blackbuck secara haram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Salman telah membayar ikat jamin sebanyak 50,000 rupee (RM2,981) dan dibebaskan namun mahkamah mengeluarkan perintah bahawa aktor itu tidak dibenarkan meninggalkan negara tanpa izin mahkamah.
Sejurus dibebaskan dari penjara Jodhpur, Salman dikerumuni peminat setianya yang telah berada di luar penjara tersebut menantikan kehadirannya.

Ratusan peminat Salman meraikan pembebasannya dengan bersorak dan menyalakan suar di hadapan penjara tersebut.
Pelakon itu yang diiringi pihak polis kemudiannya terus menghala ke lapangan terbang Jodhpur dan menaiki pesawat ke Mumbai untuk pulang ke kediamannya.

SALMAN KHAN KETIKA TIBA DI MUMBAI.

Salman, 52, didapati bersalah membunuh dua ekor haiwan tersebut pada tahun 1998 di perkampungan Kankani, Rajasthan, India ketika sedang menjalani penggambaran filem Hum Saath Saath Haindi lokasi berkenaan.
Salman didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar negara itu apabila memburu antelop jenis blackbuck,iaitu haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kes ini bukanlah kali pertama Salman berdepan dengan kes undang-undang. Pada tahun 2015, Salman juga dijatuhkan hukuman penjara selepas terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang gelandangan dan mencederakan beberapa orang lain.

Namun, aktor popular itu tidak dikenakan hukuman memandangkan saksi utama kes berkenaan telah meninggal dunia menyebabkan tiada keterangan saksi yang boleh menyebabkan dia dijatuhkan hukuman.
Dalam pada itu, Persatuan Melindungi Haiwan Dengan Beretika (PETA) India, menyelar tindakan mahkamah membenarkan aktor itu dibebaskan melalui ikat jamin dengan dengan menyifatkan perkara ini sebagai luar dari kebiasaan memandangkan pelaku selalunya tidak sdibenarkan berbuat demikian.
“Sementara Salman Kham balik ke rumah dan kembali kepada kehidupan bintang filemnya, blackbuck pula yang terpaksa membayar dengan harga tertinggi, iaitu nyawa mereka,
“Pembebasan ini merupakan perkara yang agak ‘pelik’ memandangkan pesalah biasanya dikawal dengan ketat, jaminan sering dinafikan, dan pesalah dikenakan menerima hukuman penjara tujuh tahun,” kata ketua pengarahnya, Manilal Valliyate dalam sebuah kenyataan.
Salman Khan merupakan selebriti ternama India dan kebanyakan filem yang dilakonkannya berjaya menjana keuntungan besar dalam industri dan berjaya melepasi tahap box office di negara itu. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel