Connect with us

Berita Lain

Empat Pesanan PM Kepada Rakyat Sebelum Mengundi


TAWAU: Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara
yang perlu dipertimbangkan oleh setiap rakyat sebelum menunaikan tanggungjawab
mereka memilih kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri berkata, perkara pertama ialah rakyat perlu
menilai siapakah yang selama ini telah terbukti mampu menjaga keharmonian
negara sejak merdeka meski­pun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama
dan bangsa.
Beliau berkata, hubungan serasi antara setiap kaum di negara
ini tercapai kerana kerja keras kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui dasar
berkesan sehingga mewujudkan ikatan toleransi antara rakyat yang berbeza
budaya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kedua, siapa yang akan menentukan kestabilan negara kerana
kestabilan ini punca kita boleh buat apa sahaja untuk rak­yat, tanpa kestabilan
politik mana mungkin ada hubungan baik ini serta tidak mungkin ada kerjasama
baik antara Kerajaan Pusat dan negeri.
“Apabila kita berdepan pilihan raya, fikirlah siapa yang
dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, cita-cita dan kehendak
kita,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Festival Kebudayaan
Antarabangsa Tawau di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam ini.
Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor;
Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Ahli
Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk
Nizam Abu Bakar Titingan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana Menteri berkata, per­kara ketiga ialah menilai siapa
yang mampu menjaga keamanan negara terutama di pantai timur Sabah daripada
ancaman asing dan jenayah rentas sempadan.
“Saya sebagai pemimpin sentiasa memberikan komitmen untuk
terus menjaga keamanan di pantai timur Sabah, saya akan te­rus pertahankan
rakyat Sabah dan setiap inci bumi Sabah,” katanya.
Menurut Najib, kemajuan eko­nomi dan keupayaan serta
kesungguhan kerajaan untuk berkongsi kek kekayaan ekonomi kepada rakyat adalah
perkara keempat yang perlu dipertimbangkan demi memastikan rakyat dapat hidup
aman dan selesa sepanjang masa.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel