Connect with us

Berita Lain

Hayati Semangat Taat Setia Hang Tuah


PAHLAWAN Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah merupakan
ikon terunggul bagi menggambarkan sifat taat setia tidak berbelah bahagi
seorang rakyat terhadap rajanya.
Kesetiaan Hang Tuah tidak tergugat walaupun selepas Sultan
Melaka menitahkan beliau dihukum bunuh angkara fitnah yang disebarkan oleh
Patih Karma Wijaya dan beberapa pembesar istana yang lain.
Segala titah Sultan Melaka dijunjung sepenuhnya oleh Hang
Tuah termasuk perintah membunuh sahabat karibnya sendiri, Hang Jebat kerana
menderhaka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hang Tuah juga tidak mengampu atau menjatuhkan orang lain
untuk mendapatkan pangkat dan gelaran kerana jawatan yang dikurniakan Sultan
Melaka kepada beliau adalah berdasarkan kebolehannya sendiri.
Dalam konteks situasi politik semasa, setiap ahli UMNO mesti
menghayati sepenuhnya semangat taat setia Hang Tuah dalam memastikan parti yang
menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) itu berada dalam kedudukan mantap untuk
bertempur dalam medan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Berlapang dadalah jika tidak dinamakan sebagai calon atau
pemimpin yang disokong tidak terpilih untuk bertanding.
Tunjukkan keikhlasan untuk terus berjuang demi kelangsungan
UMNO dan BN dengan menyumbang fikiran serta tenaga sebagai jentera parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sahutlah seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak
pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang meminta seluruh barisan kepemimpinan dan
ahli akar umbi parti berdiri teguh di belakang beliau dalam menangkis serangan
pihak lawan.
Sentiasa tanamkan dalam minda masing-masing bahawa musuh
sebenar yang perlu ditumbangkan adalah gabungan pembangkang PKR lebih-lebih
lagi DAP yang tidak pernah berganjak daripada perjuangan merealisasikan impian
cauvinis Malaysian Malaysia.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel