Connect with us

Berita Lain

Zahid Tegaskan GST Tidak Naik Selepas PRU


BAGAN DATUK, 18 April — Kerajaan memberi jaminan tidak akan
menaikkan kadar 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan
mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam Bajet 2018, katanya, kerajaan juga menjangka adanya
peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu dari AS$52 setong
meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.
“Pendapatan negara melalui 
hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu
kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).
“Ia juga mampu menampung kenaikan satu gaji tahunan penjawat
awam yang diumumkan baru baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari
ini.
Ahmad Zahid berkata dakwaan kenaikan kadar GST itu
dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu merosakkan kepercayaan rakyat
terhadap BN yang memerintah negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau berkata perkara itu tidak berasas kerana Kementerian
Kewangan dan Bank Negara sendiri tidak melihat perlunya kadar sedia ada
dinaikkan.
“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung
belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel