Connect with us

Berita Lain

Kenyataan Penuh Pengerusi SPR Mengenai Hasrat Ph Guna Lambang PKR Pada PRU14


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang dikeluarkan
hari ini berhubung hasrat Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Isu Penggunaan Simbol PKR Oleh Calon-Calon Parti Pembangkang
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan
bahawa ia tiada halangan terhadap hasrat pihak pembangkang untuk mengguna pakai
simbol/lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
akan datang kerana adalah jelas seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini
bahawa kebenaran untuk mana-mana calon yang akan bertanding atas tiket PKR
serta menggunakan simbol PKR adalah tertakluk kepada kebenaran oleh pihak PKR
sendiri bukannya oleh SPR.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

2. Namun SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan untuk mengambil
bahagian dalam PRU14, parti-parti politik mestilah merupakan parti yang
didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta
Pertubuhan 1966. Manakala bagi mana-mana parti politik yang bersetuju untuk
membenarkan mana-mana bakal Calon yang bertanding mewakili parti politik
berkenaan diminta membawa surat kebenaran bertulis.
3. Kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani oleh
Pegawai Parti yang bertanggungjawab membenarkan Calon itu menggunakan simbol
parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Mana-mana Calon yang tidak mendapat
kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya
layak untuk bertanding maka Pegawai Pengurus akan memperuntukkan kepadanya
suatu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.
4. SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu
tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana Parti yang telah memberikan
kebenaran bertulis tersebut. Tiada dalam peruntukan yang menyatakan bahawa ahli
parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU dan SPR tidak pernah
menghalang selagi mana Peruntukan dalam Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

5. Peraturan dan garis panduan lengkap mengenai penggunaan
logo dan bahan kempen akan dikeluarkan dalam masa terdekat oleh SPR bagi
memperjelaskan kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan.
Sekian dan terima kasih.
TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
-BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel