Connect with us

Berita Lain

Isteri, Anak Bekas Pegawai KBS Miliki RM1.5 juta Dalam Akaun TH


Buku-buku akaun Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengandungi
simpanan berjumlah RM1,503,401.74 milik isteri dan dua anak bekas pegawai kanan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini
sebagai barang bukti pada perbicaraan kes lelaki itu, yang menghadapi 32
pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan
RM38.4 juta.
Ketiga-tiga buku akaun TH itu dikemukakan oleh Ketua
Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi
A/L Kulup Lam ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer
Abu Bakar Abdullah pada perbicaraan kes itu.
Asmawi, yang merupakan saksi pendakwaan ke-49, berkata
berdasarkan buku akaun TH milik Mastura Annuar, 58, (isteri Otman), wanita itu
didapati mempunyai simpanan sebanyak RM1,320,641.31 dan transaksi kali terakhir
ialah pada 21 Feb 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sementara itu, dua lagi buku akaun Tabung Haji milik
anak Otman masing-masing mempunyai simpanan sebanyak RM91,282.32 dan
RM91,479.10 dengan transaksi akhir pada 21 Feb 2016,” katanya yang turut
mengemukakan seutas tasbih mutiara putih sebagai barang bukti.
Pada prosiding di sebelah pagi, Asmawi mengemukakan dua
keping invois pembelian dua utas jam tangan mewah jenama Cartier iaitu model
Ballon Bleu De Cartier yang berharga RM105,000 dan model Rotonde
Astrotourbillon yang berharga RM432,000 dengan kedua-dua jam itu masing-masing
dibeli pada 2 Jan 2011 dan 7 Jan 2012.
Turut dikemukakan sebagai barang bukti ialah sijil
pengesahan gambar panorama berbingkai bertajuk ‘Tree of Serenity’, 32 butir
butang Baju Melayu yang antaranya adalah dari Itali serta dan dua ‘watch
winder’ jenama Richard Mille.
Pada 21 April 2016, Otman, 59, yang diwakili peguam Muhammad
Rafique Rashid Ali, didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah
RM16,623,000 hasil kegiatan haram dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad
melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.
Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di
bawah KBS, Abdul Gafar Abdurahiman, 44, dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44,
suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah
RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi
dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi
tempoh masa yang sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa
lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank
Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja.
Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen
4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau
penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15
tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau
nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri
Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel